Tuesday, August 4, 2009

Sakit Sebagai Penghapus Dosa..

Semalam entah mengapa tiba-tiba aku sakit kepala. Macam hendak pecah kepalaku. Adakah aku merindui masakan ibuku dirumah? Rasanya tidak. Mungkin kerana kepalaku dinaiki angin kerana kekosongan perutku yang tidak disi. Sedang aku pulang ke apartmentku, aku menahan kesakitan sambil menarik-narik rambutku (kerana tidak tahan sakit tersebut), aku bermonolog di dalam hati "Ya Allah, kenapakah aku diuju sebegini? Berilah sesuatu yang dapatku tanggung." Sambil berjalan aku mengucapkan zikrullah untuk mengalih perhatianku daripada sakit tersebut.

Sampai di apartmentku, aku terus ke bilik rakanku merangkap classmateku lalu bertanya "Fel ada Uphamol aritu tak?" Rakanku menjawab "Ah.. Sudah.. Ko sakit lagi ke? Nah.." Aku mencapai ubat tersebut lalu kutelan dengan bantuan air suam dan kuterus selubungi (menyelimuti) badanku sambil menahan kesakitan tersebut. Sedang aku menggigil, rakan-rakan serumahku semua menziarahiku dan berkata "Dude nak aku panggil doktor ke? Macam serius je." Aku menjawab "Takpela, aku tahan je la." Padahal aku malas berjumpa doktor kerana nanti diberiku pelbagai ubatan yang membuatkan aku 'hi' dan malas untuk melakukan sebarang aktiviti.

Lalu mereka pun keluar dari bilikku sambil berkata sesuatu. Hatiku berkata "Haa.. Ada projek la diaorang ni.." Lalu aku sambung menahan sakitku. Lalu beberapa daripada mereka menemaniku di dalam bilik. Selang beberapa minit, pintu apartmentku diketuk. Lalu rakanku membukakan pintu tersebut. Kelihatan seperti seorang pegawai perubatan dan 2 orang guard datang 'menyerang' apartmentku. Hatiku berkata "Ah.. Sudah.. Kene inject la bon..t aku ni". Aku mulai resah. Lalu berkata pegawai perubatan tersebut memegang badanku untuk merasakan darjah kepanasan badanku sambil menghulurkan termometer ke mulutku. Berkata beliau kepadaku "Badan tak la panas sangat.." Aku menjawab "Sakit kepala aja. Ade painkiller tak encik?" Beliau menjawab "Takda. Kalau tak tahan sangat jom kita pergi hospital. Tapi kau tau je la. Hospital kerajaan macam mana. Pukul 4 pagi karang belum tentu dia rawat kau." Mendengar penyataan beliau aku terus menjawab "Takpa la encik. Saya tahan je la.." Lalu beliau berkata " Karang kalau tak tahan juga, panggil saya balik." Aku menjawab "Ok.. Terima kasih encik. Maaf menyusahkan encik." Beliau menjawab "Sama-sama." Kemudian salah seorang guard tersebut kepada rakanku sambil berkata "Ni nombor dia. Kalau ada apa-apa hal terus call dia. Ala pergi je hospital. Karang dia tunggu kau juga." Aku senyum sebentar lalu sambung menahan sakitku kembali. Kemudian semua rakan-rakanku beredar kecuali roommateku.

Kemudian aku bermonolog di dalam hati " Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku rakan-rakan yang sebegini baik. ENGKAU sahajalah yang mampu membalas segala jasa mereka." Kemudian aku cuba untuk melelapkan mata sambil menahan sakit di kepalaku.

Agak panjang juga intro aku untuk kali ini. Topik kali ini ialah MENGAPA SEGELINTIR MANUSIA MENGELUH DAN BERMURAM DURJA PABILA DIUJI OLEH ALLAH S.W.T. Ini realiti. Sebahagian daripada kita akan berkata macam-macam apabila diuji sedikit oleh Allah s.w.t. Padahal kalian tahu atau tidak, ujian yang kita terima hanyalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan ujian yang diterima oleh para Rasul, para sahabat, para tabi'in, para tabi' tabi'in, para ulama' dan sebagainya. Contohnya kita lihat bagaimana Allah s.w.t menguji kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w dengan tentangan dari kaum baginda semasa dakwah baginda di Mekah. Sedangkan kekasih Allah s.w.t pun diuji sebegitu berat, apalah kita sebagai umat Islam yang imannya sangat kecil berbanding baginda.

Allah s.w.t menguji kita kerana DIA menyayangi kita. Allah s.w.t menguji kita tanda DIA masih mengingati kita. Ujian yang kita terima juga supaya kita mengingati-NYA semula. Itulah lumrah apabila berkasih. Pernah rakanku berkata bahawa girlfriend kepada rakan kami berdua pernah berkata "Aku akan uji boyfriend aku dengan 3 tahap. So far dia lulus dengan cemerlang ujian tahap pertama. So ada 2 tahap lagi and he's mine." Ujian yang Allah s.w.t berikan kita ujian juga sebagai khaifiah dosa yang telah kita lakukan. Cuba kenang-kenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. Astagfirullahalazim.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui. Cuba pula kita fikirkan apabila Allah s.w.t menghukum kita sekaligus dosa kita di akhirat kelak. Nauzubillah.. Tidak terfikir dan tertahan kita dengan azab sebegitu. Contoh ayat di dalam Al-Quran yang memberitahu berkenaan ujian Allah sebahagian daripada menjadikan insan yang beriman:

"Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." -( Surah Al-Ankabut, ayat 1-3)

Persoalan sekarang adalah apakah yang kita perlu lakukan apabila diuji Allah s.w.t? Pendapatku, Pertama kita perlu banyakkan beristigfar. Dengan beristigfar, kita akan lebih mengingati Allah s.w.t. Seterusnya, kita perlu fikirkan dan kenangkan apakah dosa lampau yang telah kita lakukan. Dengan itu kita akan mudah untuk menerima ujian yang diberi oleh Allah s.w.t. Kemudian, kita perlu bertaubat dari dosa-dosa lampau kita. Sedangkan Rasullullah s.a.w yang maksum juga melakukan solat taubat, apatah lagi kita sebagai manusia yang selalu melakukan kesalahan dan dosa. Kemudian, kita perlu bersyukur dengan dugaan yang kita terima. Kita perlu bersyukur dengan ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t kerana DIA masih mengingati kita. Ujian yang diberi kepada kita juga bertujuan untuk memperlihatkan tahap kesyukuran kita terhadap Allah s.w.t.

Itu sedikit sebanyak yang inginku kongsikan bersama kalian. Semoga kita dapat belajar dari kesilapan kita dab berubah menjadi insan yang lebih baik.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAU yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
ENGKAU ampunkanlah dosa kami serta dosa kedua ibubapa kami dan ENGKAU kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil..
ENGKAU ujilah kami dengan ujian yang dapat kami tertanggung..
Kami mengerti ujian yang ENGKAU berikan hanyalah untuk memperingatkan kami, bukan untuk menjatuhkan maruah dan menghina kami..
Semoga demikian kami menjadi hamba_Mu yang diredhai..
Amin..

2 comments:

mun said...
This comment has been removed by a blog administrator.
arnamee said...

salam muiz.

awak memg skit ker dri dlu?
ermm.. awak , mcm2 skrg tau, je keshtn tu leklok :)

"Magical Template" designed by Blogger Buster