Tuesday, August 11, 2009

Peningkatan..

Agak lama aku menyepi. Al-maklum aku agak busy dengan Sukan Antara Fakulti (SAF) memandangkan aku manager merangkap captain dan player bola keranjang bagi fakultiku, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP) yang tersayang. Untuk pengetahuan umum, aku bersama-sama pasukanku hampir layak untuk ke suku akhir taktala kami kalah kepada Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dengan 7 mata sahaja. Tetapi pencapaian tersebut adalah yang terbaik buat masa kini berbanding tahun-tahun sebelumnya dan aku berbangga dapat memimpin sepasukan yang serba kekurangan tetapi penuh kesungguhan dan kecekalan sepanjang pertandingan tersebut. Semoga junior-junior akan datang dapat meningkatkan prestasi sukan sekaligus mengharumkan nama fakulti. Amin..

Kali ini aku ingin bercakap tentang PENAMBAHBAIKKAN DAN PENINGKATAN DALAM PELBAGAI ASPEK. Skop kali ini agak besar dan aku akan kecilkannya sepanjang penulisanku, InsyaAllah.. Sama ada kalian sedia maklum atau tidak, penambahbaikkan boleh didefinisikan sebagai berubah daripada kurang bagus kepada yang lebih bagus. Sebagai manusia yang berfikiran waras, kita akan berubah kepada yang lebih baik jika mendapati keadaan yang sedia ada outdated ataupun tidak memenuhi spesifikasi masa kini. Ianya bertujuan untuk memudahkan urusan kita. Sabda Rasullullah s.a.w yang menyentuh berkenaan penambahbaikkan dan meningkatan dalam kehidupan umat Islam seharian yang bermaksud:

“Hari ini hendaklah lebih baik daripada semalam dan esok hendaklah lebih baik daripada hari ini.”

Sebelum aku memulakan penulisanku seperti biasa aku memohon maaf jikalau menyinggung perasaan kalian sepanjang penulisanku ini. Pernahkan kalian tertanya persoalan sebegini:


  1. Kenapalah aku selalu tinggalkan solat fardhu? Padahal 5 kali je sehari dan sekali solat cuba beberapa minit saja.

  2. Kenapalah susah betul nak istiqamah buat amalan sunat ni? Padahal takde la susah sangat.

  3. Kenapalah bila datang Ramadhan sahaja baru aku rajin beribadah?

  4. Kenapalah aku miskin?

  5. Apasal sume orang tanak kawan dengan aku?

  6. Kenapalah hidupku tidak bahagia?

  7. Hish, apesal aku ni pemalas sangat??

Kita mulai dengan aspek Ibadah. Mungkin ada yang terasa. Tidak mengapa. Marilah kita muhasabah diri. Kadang kala kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah s.w.t. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t adalah sangat ringan. Kita cukup bertuah kerana rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w cukup bermurah hati untuk meminta 'diskaun' daripada Allah s.w.t berdasarkan nasihat para-para rasul yang terdahulu. Jika diikutkan pada asalkan kita perlu mengerjakan 50 solat fardhu sehari. Perg.. Tidak perlu bersukan pun tidak mengapa. Kalau seseorang yang sakit sendi pun silap-silap boleh lali sakitnya. Cuba kita fikir-fikirkan, susahkah untuk melakukan ibadah solat 5 waktu sehari semalam? Bagiku mudah jika kita istiqamah dan khusyuk dalam solat. Kemanisan bersolat akan dinikmati oleh individu yang khusyuk dalam solatnya. Macam makan brownies dengan chocolate sause.. Perg.. Meleleh air liur.. Huhu.. Itu sekadar gambaran sahaja. Jangan cakap solat sama macam makan kek pula. Aku sepak kalian karang. Kembali ke topik asal, kita perlu mulakan dengan memantapkan amalan yang wajib seperti solat 5 waktu. Apabila prestasi kalian konsisten dan mantap, kalian cuba menambah solat-solat sunat seperti solat sunat qabliah dan ba'diah, solat sunat dhuha, solat sunat hajat dan sebagainya. Kemudiah kalian serikan dengan ibadah kalian dengan masyarakat seperti solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu dah kuliah di surau dan masjid berdekatan dan sebagainya. InsyaAllah kemantapan kalian untuk beribadah akan meningkat.

Seterusnya ialah dalam aspek Kehidupan Seharian. Gaya hidup seharian memainkan peranan dalam pembetukan masyarakat setempat. Kepincangan masyarakat setempat disebabkan masyarakat itu sendiri. Olah sebab itu, masyarakat itu sendirilah perlu mengubah diri mereka sendiri. Contohnya masyarakat Jepun, mereka cukup terkenal dengan kerajinan bekerja mereka. Ada yang mampu melakukan 5 kerja dalam 1 hari. Bukan mustahil bagi kita untuk menjadi seperti mereka. Penghalangnya cuma penyakit 'M' yakni malas. Penyakit tersebut mampu merosakkan anak bangsa yang kini kian terpesong dari jalan yang lurus lagi benar. Ia mampu mengganggu gugat kebahagian sesebuah keluarga. Anak yang soleh dan solehah mampu membuat dan menambah kebahagiaan keluarga mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam hal ini. Jangan asyik main hulur sahaja duit dan lepaskan anak-anak begitu sahaja. Ingat, anak-anak kalian tagihkan kasih sayang anda. Mereka adalah kurniaan Allah s.w.t kepada kalian. Hargai mereka sebelum terlambat.

Di sini dapat dikonklusikan bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dalam pembangunan ummah. Setiap individu perlulah muhasabah diri dan berusaha untuk meningkatkan kebolehan dalam semua aspek. Jangan asyik dibuai mimpi sambil mengisap 'nenen' di dalam buaian. Sampai bila pun kalian akan lena. Ibu bapa perlulah mengambil bahagian dalam memastikan anak-anak mereka membesar mengikut acuan yang sepatutnya. Janganlah kalian menggunakan acuan 'bahulu' mereka menjadi 'kerepek pisang' pula. Digelakkan oleh masyarakat pula. Kalian juga yang malu. Masyarakat setempat perlulah prihatin terhadap persekitaran mereka. Cukuplah sekadar memantau dari jauh dan menegur secara baik jika ada yang melakukan kesalahan. Tidak perlulah memasang GPS, CCTV, Scout Tower dan sebagainya. Silap-silap kalian digelar 'Guardian of Others Cloth' atau Bahasa Melayunya "Penjaga Kain Orang Lain'. Kerajaan perlulah memastikan rakyatnya membangun seiring dengan perkembangan ekonomi, sosial dan teknologi. Janganlah sampai pelawat dari luar berkata pabila menziarah Malaysia macam 'Back to the Past'. Dah la politik chaos, janganlah sektor lain pun chaos. Aku tidak kesah siapapun memerintah asalkan dapat membahagiakan rakyatnya di dunia dan di akhirat. Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlulah bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam memastikan pembangunan masyarakat maju terlaksana. Jangan asyik lepas tangan dan flaming sahaja.

Itu sahaja yang dapat kukongsi bersama kalian. Semoga dengan penulisanku yang lama terbengkalai ini sedikit sebanyak dapat mengubah mentaliti dan pendirian kalian. Aku memohon maaf kepada kalian yang senantiasa menantikan entyku yang lambat dipostkan ini. Jangan marah haa..

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAULAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Aku memohon agar ENGKAU kurniakan rahmat dan nikmat Islam kepada kami..
Dan janganlah ENGKAU cabut rahmat dan nikmat Islam tersebut setelah ENGKAU berikannya kepada kami
Agar kami dapat meningkatkan ibadah kepada-Mu dengan lebih istiqamah..
ENGKAU rahmatlah hidup kami ini Ya Allah..
Semoga kami menjadi hambamu yang bersyukur..
Amin..

0 comments:

"Magical Template" designed by Blogger Buster