Wednesday, August 19, 2009

Hantu Hiburan..

Adakah kalian tergolong di dalam golongan yang aku golongkan di bawah ini


Haa.. Tertanya-tanyakah kalian dengan persoalanku itu? Marilah bersama-samaku menyelongkar rahsia disebalik gaya hidup remaja abad ke-21 ini. Sebelum aku membuka langkahku untuk menyelami rahsia tersebut, izinkan aku untuk memohon maaf di atas sebarang penulisanku yang menyingguung perasaan dan naluri kalian.

Kita mulai dengan dengan bother yang rockstar ini. Kini kulihat menjadi-jadi kugiran yang menjerumus ke arah kesesatan. Sebahagian memperjuangkan free thinker dan agama-agama lain serta sebahagian lain menghina agama Islam dan agama-agama lain. Sebagai orang Islam, kita patut mengambil tahu perkembangan dakwah agama lain dan medium yang mereka gunakan. Aku resah melihat perkembangan tersebut kerana melihat anak-anak bangsaku mula mengilai dan mengikuti trend yang dibawa oleh kugiran tersebut tanpa mengetahui tujuan asal kugiran tersebut. Dengan asas agama yang lemah, mereka mudah hanyut dibawa arus dan angin trend tersebut tanpa coast guard yang membantu mereka menunjukkan laluan yang betul. Mereka mungkin selamanya akan sesat atau karam dipukul ombak.

Seterusnya ialah abang rempit yang tengah buat wheelie. Hish.. Ini satu lagi sampah masyarakat. Maaf jika aku berkata begitu tetapi itulah hakikatnya. Berpeleseran setiap hari tanpa tujuan dan perjuangan yang kukuh. Di hati dan fikiran mereka hanyalah hiburan (merempit), berlumba, ber'minah rempit' dan sebagainya. Disamping itu mereka antara punca meningkatnya kadar jenayah di negara ini seperti ragut, peras ugut dan sebagainya. Menurut penganalisis jenayah En. Kamal Affendi "Ada tiga rumah yang sedang menanti kalian yakni rumah besi (penjara), rumah sakit (hospital) dan rumah mayat. Sebahagian yang kulihat pabila melintasiku, sering berlagak seolah-olah aku sehina-hina manusia. Aku pelik. Nak kata mereka menunggang superbike 1000cc tidak juga. Ada juga sebab untuk berlagak dengan aku yang hanya memandu kereta nasional. Paling tinggi pun mereka menggunakan motosikal berkuasa 200cc sahaja. Berlagak tidak bertempat. Hai.. Pelik.. Tapi benar.. Lantak la. Selagi tidak mengganggu gugat aku, aku masih boleh chill.

Seterusnya adalah tarian shuffle. Ianya adalah sejenis tarian yang berasal dari Melbourne, Australia jika aku tidak silap. Tarian ini mempunyai kombinasi gerakan tangan dan kaki yang bersimpang siul (macam chong daun terup). Kebiasaan mereka akan menggunakan seluar gedabak besar yang mempunyai reflector berwarna-warni kerana kebiasaannya mereka menari di kawasan gelap seperti di pub, tepi jalan, tepi longkang dan sebagainya (motif?) bertujuan untuk orang lain dapat melihat gerakan yang bersimpang siul itu dengan lebih jelas dan mengelak daripada dilanggar kenderaan lain yang melalui kawasan tersebut. Pada asalnya tarian ini bertujuan sebagai satu wadah exercise (ala macam ponco-ponco) tetapi kini lebih menjerumus ke arah kemaksiatan dan menggalakkan masalah sosial. Mereka menari dan beronggeng Rokiah (istilah Melayu pasar) berlainan jantina tanpa segan dan silu serta ditambah dengan supplements seperti pil khayal, arak dan dadah. Hasilnya cukup hebat, biasanya adalah anak luar nikah yang dibuang di tong sampah. Ini realiti.. Supplements tersebut antara sumber utama yang cenderung untuk seseorang untuk melakukan maksiat. Jauhi ia.

Last but not least, gamers. Huhu.. Ini antara kejayaan musuh-musuh Islam melalaikan umat Islam dari melakukan ibadah. Aku akui kerana aku pernah mengalaminya.. Macam kena kas-kas ataupun dadah-dadah lain yang mengkhayalkan. Bukan sahaja melalaikan kita daripada beribadah, tetapi mampu mengganggu gugat kehidupan kita seharian. Kita lihat di Amerika Syarikat, kadar obesiti di kalangan remaja adalah membimbangkan. Salah satu puncanya ialah bermain kerap bermain permainan komputer dan mengabaikan aktiviti seharian. Sedangkan orang kafir pun termakan dengan helah yang mereka buat sendiri, apalah lagi kita sebagai pengguna. Kini, kita lihat anak-anak bangsa kita 'berjuang' dalam perjuangan yang tiada matlamat dan sia-sia. Bangga dengan kemahiran masing-masing yang tidak kemana-mana. Itu lagi satu masalah anak-anak bangsa kita ni, benda yang tidak berfaedah dibanggakan tetapi dakwah dan penyebar ilmu digelar losers.

Firman Allah s.w.t berkenaan mengajar dan mengajak insan ke jalan yang benar:

“Serulah manusia kepada jalan tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” - (Surah An-Nahli ayat 125)

Apakan peranan kita jika orang di sekeliling kita melakukan perkara yang telah aku bincangkan di atas? Jawapanku adalah amal ma'ruf nahi mungkar. Penting bagi kita sebagai kenalan kepada mereka yang tersesat itu. Mana mungkin kita boleh biarkan mereka terus sesat. Disoal-NYA Allah s.w.t di akhirat kelak dengan soalan "Mengapakah kalian tidak menegur dan menasihati kawan kalian sedangkan kalian melihat apa yang mereka lakukan." Ah.. Sudah.. Naya dibuatnya. Sedang kita masih berkemampuan, tegurlah mereka supaya kembali ke pangkal jalan. Kepada kalian yang masih 'beramal' dengan perkara-perkara di atas, aku seru tinggalkan amalan-amalan tersebut. Manfaatnya kurang ataupun tiada lansung kepada kalian. Pintu taubat masih terbuka lagi untuk kalian. AKU SAYANG KALIAN. Aku mahu melihat anak-anak bangsaku cemerlang dari segi agama, pembangunan ekonomi, taraf hidup, bermasyarakat dan lain-lain. Itu impianku.. Aku berharap agar kalian menyokongku di dalam perjuangan ini.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAU Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
ENGKAU ampunilah dosa kami kerana leka dan melengah-lengahkan suruhan-Mu..
Kami sedari kesilapan yang telah kami lakukan..
Dan ENGKAU kurniakanlah kepada kami cahaya iman di hati kami..
Semoga demikian kami menjadi hamba-Mu yang beramal soleh kepada-Mu..
Amin..

2 comments:

~~TueRa~~ said...

waa hebat tol la mat rempit tu :-p

Realist : Pengrealisasi Matlamat said...

huhu..
tp rmai dh terkubur dgn aksi sebegitu..

"Magical Template" designed by Blogger Buster