Friday, July 31, 2009

Varsatile..

Adakah kalian mengenali mengenali jejaka di bawah ini:




Samada kalian kenal atau tidak, beliau adalah STEVE NASH. Beliau merupakan 'multi-talented athelete' dari Canada. Beliau merupakan idolaku dalam arena sukan. Lihat saja kebolehan beliau. Basketball, soccer, table tennis, ice hockey, tennis dan banyak lagi.

Tapi di sini aku bukan mahu ketengahkan topik kesukanan. Apa yang aku hendak ketengahkan ialah KEBOLEHAN UMAT ISLAM DALAM PELBAGAI ASPEK. Huhu.. Topik ini mungkin akan berleret dan menyakitkan hati kalian. Sebelum aku memulakan apa-apa baik aku minta maaf jika terkasar bahasa..

Kita mulai dengan contoh yang kebiasaan terjadi di dalam masyarakat kita. Majlis agama hanya dikendali oleh orang mempunyai gelaran 'keagamaan' sahaja. Apabila hendak buat kenduri kesyukuran, doa selamat dan sebagainya mesti menggunakan khidmat TOK IMAM. Maaf jika saya kata sedemikian. Ya.. Benar kita seeloknya memuliakan Tok Imam tersebut tetapi sekurang-kurangnya bacakanlah doa penutup. Itu pun sudah memadai dan ianya sebagai lambang memuliakan tuan rumah tersebut. Semua Tok Imam tersebut hendak buat (tidak termasuk memperlawa jemaah lain dan sebagainya), berbuih mulut Tok Imam tersebut dibuatnya.

Aku tercabar apabila penceramah di surau berdekatan rumahku berkata di dalam ceramahnya "Apa salahnya melihat engineer mengimamkan solat fardhu. Apa salahnya melihat doktor mengimamkan solat jenazah pesakitnya. Apa salahnya accountant mengetuai bacaan yasin dan tahlil." Membuatkan diriku untuk mendalami agama sedalam yang mungkin.

Selain itu, adegan passing baton apabila diberikan tugasan. Contohnya apabila disuruh ke depan untuk menjadi imam, semua melaga-lagakan bahu, menolak perlahan-lahan satu sama lain untuk memaksa mereka menjadi imam. Kadang kala aku kertawa kecil melihat gelagat golongan 'senior' kita. Mana tidaknya golongan muda masih terbawa-bawa adegan passing baton. Kita menjadi bangsa yang takut pikul amanah ataupun golongan tanpa 'leadership skills'. Semua mengharapkan orang lain. Aku suka melihat anak-anak yang mendapat didikan Islam yang lebih mendalam (yang berasal dari latar belakang keluarga ataupun sekolah mereka) tanpa segan silu menjadi imam apabila dipelawa. Aku pun jikalau sudah 3-4 baton sampai barulah pergi ke hadapan (itu pun dalam hati bermonolog "Apalah surah nak baca ni? Kang doa nak panjang-panjang ke pendek-pendek je?".) Aztagfirullahalazim..

Seterusnya golongan profesional tidak mementingkan agama. Alasannya basic sudah memadai dan selebihnya diserahkan kepada 'ahli' agama. Hai.. Pemikiran sebegini pun ada juga.. Adakah mereka jahil mengenai sejarah tamadun Islam? Wallahualam.. Ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam lahir pada zaman kegemilangan Tamadun Islam. Mereka berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w dalam menimba ilmu. Itu merupakan tunggak kecemerlangan mereka. Contohnya Al-Razi (kimia), Ibnu Battuta (penjelajahan), Ibnu Al-Awwam (pertanian dan penternakan), Ibnu Sina (perubatan), Al-Khawarizmi (matematik dan astronomi) dan ramai lagi. Siapa kata tidak perlukan Al-Quran dalam sains? Nauzubillah.. Al-Quran adalah selengkap-lengkap rujukan untuk umat manusia. Pendapatku agama dan sains tidak dapat dipisahkan. Contoh firman Allah mengenai Al-Quran sumber rujukan yang lengkap:

“Haa Mim. Turunnya kitab ini daripada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu iaitu al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.” – (Surah Fussilat, ayat 1 - 4)

Berikut sahaja yang ingin aku kongsikan buat masa sekarang. Diharapkan dengan penulisanku yang tidak seberapa ini mampu mengubah perspektif anda melihat dunia yang penuh pancaroba dan dugaan serta membetulkan pemikiran kita.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAU yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
ENGKAU kurniakanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk berjuang menimba ilmu-Mu yang tiada kesudahan..
Semoga demikian kami menjadi hamba-Mu yang berilmu dan mudah untuk beramal soleh kepada-Mu Ya Allah..
Amin..

Wednesday, July 29, 2009

Perlukah Menipu??

Pernahkah kalian melalui saat sebegini:

  1. Kalian ingin memperlawa rakan-rakan kalian untuk mendengar taklimat MLM @ produk kalian tetapi kalian menipu mereka dengan pelbagai helah (biasanya makan free).
  2. Anda terkial-kial mencari jawapan yang tepat pabila kekasih hati atau isteri kalian bertanya "Cantik tak baju ni abang?"
  3. Anda tersedak-sedak pabila kekasih hati atau isteri kalian bertanya "Sedap tak ayang masak ni abang?"
  4. Kalian terlewat bangun kerana menonton perlawanan bola sepak semalam dan memberi alasan kepada bos anda (biasanya demam atau kereta rosak).

Biasanya perkataan yang terlintas di hati dan fikiran kalian adalah "Ah.. Sudah.." Itulah lumrah manusia. Lagi-lagi anak Melayu. Aku tidak mengerti adakah itu budaya yang disemat oleh nenek moyang kita? Jawapanku TIDAK. Ianya dari kalian sendiri. Jangan berani salahkan nenek moyang di atas kebiadapan dan ke'tidak pandai'an kalian. Kalian patut rasa bersyukur mempunyai nenek moyang yang telah meninggalkan warisan budaya yang boleh dibanggakan dan mendapat pujian dari bangsa asing.

Mengapa mesti menipu? Susahkan berterus terang. Ya.. Aku faham perasaan kalian.. Kadang-kadang kalian tertekan untuk memberikan penyataan yang sesuai tanpa menyakiti hati orang yang kalian sayangi dan kasihi. Ada pepatah Melayu mengatakan "Berani kerana benar". Anda dayuskah pabila anda menipu? Bak kata Nabil Raja Lawak Musim Ke-2 "Lu pikir la sendiri".

Ada juga yang mengatakan "Ala bohong sunat je". Siapa yang ajar? Sedangkan Nabi Ibrahim A.S pun tidak dapat memberi syafaat kepada kita disebabkan Baginda pernah diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berbohong untuk menyelamatkan isteri baginda daripada raja yang zalim pada ketika itu. Sedangkan nabi pun menanggung belenggu dosa menipu, apa lagi kita umat yang biasa? Jangan kita tunjuk pandai. Dosa tetap dosa. Jangan cari alasan.

Jadi, bagaimana kita ingin menghadapi masalah yang sebegini rupa? Jawapannya BERTERUS TERANG. Kadang-kadang kita segan, malu, tidak yakin dan apa sahaja perasaan yang sama waktu dengannya pabila berhadapan dengan situasi sebegini. Ada satu pepatah Melayu semi-moden "Bedal je la". Benar. Jika kita yakin kita benar, insyaAllah Allah s.w.t akan membantu kita menyelesaikan masalah kita. Selain itu kalian boleh menjawab dengan jawapan yang 'sederhana'. Seperti adegan 2. dan 3. di atas, kalian boleh menjawab "OK la.." ataupun "Sedap @ Cantik juga. Tapi kalau....." Dengan memberi jawapan sebegitu melihatkan kita lebih matang dan bernas.

Itu sedikit sebanyak petua untuk aku kongsi bersama kalian. Semogo dengan petua ini mampu membuat kita menjadi lebih yakin dan bertanggungjawab.

P/S: Kepada pengamal MLM, boleh saja ajakku ke program kalian asalkan tidak melampaui batas.


Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAULAH Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
ENGKAU jauhilah kami daripada amalan menipu..
Dan ENGKAU lindungilah kami daripada penipuan dan penganiayaan..
Semoga demikian kami menjadi hamba-MU yang bersyukur dan beramal soleh kepada-MU..
Amin..

Monday, July 27, 2009

Idaman Seorang Realist..

Aku tidak mengerti mengapa hari itu, aku sungguh bosan. Gadis-gadis di kelasku semua malas bergurau senda bersama-samaku. Mungkinkah mereka 'period cramps' berjemaah? Wallhualam.. Sedang aku bingung melihat gelagat rakan-rakan kelasku, bertanya aku kepada gadis dihadapanku "Azi-nye, pinjam paper-nye please.. Muiz-nye kebosanan ni." Melihat mukaku yang kebosanan dan ke'lima puluh sen'an, rakanku yang berkenaan memberi pinjam surat khabar miliknya. Aku berkata "Terima kasih Azi-nye, kejap lagi Muiz-nye pulangkan balik." Rakanku menjawab "Haa.. Baca elok-elok. Korang kalau baca paper, jahanam paper tu dibuatnya. Apek paper lama pun tak nak beli." Mendengar perlian rakanku tersebut, aku pun mula membelek surat khabar bersebut dengan hati-hati.

Muka hadapan cerita pasal politik. Bisik hatiku "Hai.. Bilalah korang nak berdamai?" Muka surat seterusnya mengenai kes pembunuhan. Sekali lagi hatiku berbisik "Hai.. Manusia sekarang sudah hilang moral.." Sedang aku membelek surat khabar tersebut (malas membaca, so baca tajuk sahaja), tiba-tiba aku terbaca tajuk artikel yang menarik perhatianku.

Latest Automotive Technology : Nissan Skyline GT-R (R35)




Perg... Gempak gila kereta ini. Aku terus menunjukkan artikel tersebut kepada rakanku di sebelah sambil berkata "Dude.. Ko dah baca belum pasal Skyline baru ni? Gempak seh.." Kawanku menjawab "Perg.. Gila la anak Jepun buat kereta. Lamborghini 'Asia' kot kereta ni.." Kemudian kami meneliti spesifikasi kereta tersebut:

Class : Sport
Body type : 2 door coupe'
Layout : Front engine, AWD
Transmision : 6-speed semi-auto clutch transmission
Horsepower : 480 bph (360 kW) at 6400 rpm
Torque : 430 lb.ft (580 N.m)
Top Speed: 193 mph (311 km/h)

Sambil kami berbuat-bual mengenai kereta tersebut, teringat aku kepada rakanku bernama Robinhood yang mengilai kereta sukan (sports car). Lalu terus aku menekan-nekan punat telefon bimbitku mencari nama Robinhood untuk menberitahu beliau mengenai artikel tersebut. Tut.. Tut... Tut.. Tut... "Salam. Dude.. Ko tau tak pasal kereta Nissan yang baru tu?" Beliau menjawab "Salam. Oi terkejut aku. Kereta apa? Nissan Fairlady favorite aku tu ke??" Aku membalas "ZZZZZ.. Ketinggalan zaman la kau ni. Nissan Skyline GT-R (R35) la.. Ko belum beli paper ker? Baik ko beli cepat. Gempak seh.." Beliau membalas balik "Aku tengah tido lagi la.. Kacau tol 'budak sekolah' ni." Tut.. Tut.. Tut.. Ermm.. Aku terdiam seketika dan bermonolog "Siot tol. Dah la panggil aku 'budak sekolah', main letak je handphone tu." Aku menekan punat yang memaparkan Redail. Tiba-tiba seorang gadis pula yang mengangkat handphonenya. Terkejut aku dibuatnya. Gadis itu berkata "Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Terima kasih. Number that you have dailed is currently unavailable. Thank you. Che ch'e puai cong che kong wo ai ni walau we. Che ch'e." Aku bermonolog sekali lagi "Ai, marah nampak abang Robinhood aku ni. Terus off handphone dier. Lantak la dier. Kang petang skit aku telefon balik."

Kemudian aku kembali berbual-bual dengan rakanku mengenai kereta tersebut. Sedang kami berbual-bual, tiba-tiba lecturer kami masuk ke dalam kelas dalam keadaan tergesa-gesa sambil berkata "Morning class. Sorry I stucked in the traffic jam. Muiz, can you connect my laptop to the projector while I go to the toilet please?" Aku pun dengan bangun dan menjawab "Ya.. Sure.." Lalu, aku pasang laptop lecturerku ke projektor kelas tersebut sambil mengelamun "Kalau la aku dapat kereta tu, mesti best.. Kalau setakat 'Evo convert jadi Waja' (terbalikkan) takde hal la nak titik." Sejurus aku siap pasang, lecturerku pun masuk dan berkata "Thanks Muiz. Okay class, shall we start now?" Rakan-rakanku menjawab "Let's start the engine sir!!"

Haaa!! Aku terkejut...

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAU bebaskanku dari segala fana yang melampaui batas..
Semoga aku dapat memperbanyakkan beribadat dengan lebih istiqamah..
Amin..
___________________________________________________________________

Untukmu Robinhood : Bagaimana penulisanku wahai sang hakim yang arif lagi bijaksana??

Friday, July 24, 2009

Kerana Dikau Sang Khinzir..

Aku ingin membincangkan beberapa topik sekali gus dalam satu tajuk, KHINZIR..

Hampir seabad manusia berperang penyakit 'berasaskan' khinzir. Ianya bermula dengan penemuan virus Influenza (1918) hingga kini (2009) http://technology.iafrica.com/features/1644460.htm. Seperti yang anda sedia maklum, khinzir adalah diantara haiwan yang paling kotor. Kegiatan hariannya adalah berkubang dan makan najisnya sendiri. Disebabkan dengan cara hidup yang kotornya itu, ia mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

Kini dunia sedia maklum keburukan khinzir, tetapi masih ada yang menternaknya. MENGAPA?? Aku ada pendapat berkenaan soalan tersebut. Khinzir menjana pendapatan dengan mudah. Samada kalian sedia maklum atau tidak, khinzir adalah haiwan yang mudah membiak dan senang dari segi penjagaan (makan najis sendiri). Oleh sebab itu, ia mampu menjana pendapatan yang berlipat kali ganda. Dagingnya dibuat makanan, kulitnya dibuat barangan perhiasan dan isi perut dan organnya diberikan kepada haiwan ternakan lain seperti ikan. Kalian mesti akan khuatir dengan gaya hidup kalian apabila membaca kenyataan ini. Benar, ianya berlaku. Cuba kalian bayangkan kasut kulit dan tas tangan kalian diperbuat daripada kulit khinzir tanpa kalian sedari. Bagaimana pula ikan kegemaran kalian diberi makan perut dan organ khinzir. Kembang dan loya tekak dibuatnya. Kafir laknatullah tidak pernah menjaga sensitiviti orang Islam. Mereka akan malukan apa sahaja untuk mengainaya umat Islam di seluruh dunia. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada penduduk Islam di selatan Thailand, Palestin, Indonesia, Turkistan dan sebagainya. Adakah mereka cemburu dengan Rasullullah s.a.w, cara hidup, amalan, budaya dan tingkahlaku umat Islam? Wallaualam..

Kembali kepada topik asal.. Masih ada yang mahu mempertahankan penternakan khinzir. Katanya "Biar ternak khinzir banyak-banyak. Bila C..a makan khinzir sahaja, harga ayam, lembu, ikan dan sebagainya akan turun". Persoalannya, ADAKAH C..a akan terus makan khinzir apabila melihat keadaan sekarang? Mereka juga akan berfikir 2-3 kali. Aku pernah berbicara dengan kenalanku berkenaan hal ini. Katanya "C..a moden dah kurang makan khinzir. Diorang pun tau pasal kuman dalam khinzir itu". Jika benar penyataan kenalanku itu, bagaimana dengan penyataan hamba Allah s.w.t berkenaan ternakan khinzir? Pasti anda tahu jawapannya.

Kita lihat disebabkan khinzir tersebut, ribuan anak bangsa terbantut pendidikan ilmiahnya. Ramai dikuarantin, dihalau dari permis pendidikan untuk mengelak penyebaran penyakit tersebut. Belum dikira mereka yang terbunuh disebabkan penyakit tersebut. Perlukah kita berdiam diri dan membiarkan bangsa kita tidak berilmu lalu terjerumus ke kancah maksiat dan masalah sosial?? Jawapannya ada pada anda.

Nama sahaja negara Islam tetapi di antara pengeluar khinzir terbesar di rantau ini. Itu belum aku sentuh berkenaan kilang arak, tempat memproses dadah dan lain-lain lagi (maaf jika ada yang tersinggung). Hatiku senang memberontak bila membincangkan hal-hal berkenaan. Aku tidak mahu maruah negaraku tergadai dengan perkara-perkara sebegini. Baru-baru ini aku berbual dengan kenalan dari negara jiran dalam ruangan 'chat'. Kenalanku berkata "Wei apa nak jadi dengan politik kat Malaysia? Orang luar sume tengok. Malu woo.." Astgfirullahalazim.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui perasaanku apabila kenalanku berkata begitu. Mereka yang 'di atas' bertelagah, kita 'di bawah' yang dapat tempias dan aib. Kenalanku pernah berkata "Kita perlu menjaga aib diri dan orang di sekeliling kita".

Sekali lagi aku terambil 'lap' agak jauh tetapi masih dalam laluan yang betul. Kembali ke topik asal.. Persoalannya sekarang, APAKAH yang perlu kita lakukan sebagai seorang bergelar umat Islam? Pendapatku, jalan terbaik adalah penyatuan umat Islam. Sedang politik dan bangsa tidak dapat menyatukan kita, hanya agamalah jalan untuk kita bersatu. Ketepikan pertikaian politik, tinggalkan perangai bangsa kita yang tidak berfaedah. Kita bersatu bersama-sama menuju jalan yang lurus. Dengan agama, kita perlahan-lahan memperbaiki dan memantapkan bangsa dan politik negara ini. Semoga dengan penulisanku yang tidak seberapa ini mampu membuka minda kalian dan bersama-sama kita bangun dan memartabatkan kembali agama, bangsa dan negara kita.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAULAh yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Hamba-Mu menadah tangan memohom belas kasihan-Mu..
ENGKAU kurniakan kekuatan kepada bangsaku untuk bangun dari lena yang panjang..
Untuk berbakti kepada Agama-Mu serta berjasa kepada bangsa dan negara..
Supaya kami tidak ditindas dan diperbodohkan oleh orang lain..
Amin..

Monday, July 20, 2009

Mengantuknya..

Al-kisah ada seorang hamba Allah s.w.t yang bernama Mohd Muizzuddin bin Zainuddin. Hendak dijadikan cerita pada satu hari, hamba-NYA tersebut menghadirkan diri ke kelas dalam keadaan mengantuk. Entah apa yang dilakukan semalam sehingga hamba-NYA tersebut sebegitu mengantuk. Lagi-lagi pada hari itu kelas makmal komputer. Itu merupakan peluang keemasan kerana makmal komputer merupakan 'port' terbaik untuk terlena selain surau fakulti yang ber'air-cond' kuat.

Setelah masuk ke kelas, hamba-NYA tersebut pun mencari 'port' terbaik untuk mengelakkan dirinya dikesan oleh pensyarah. Aztagfirullahalazim.. Buruk betul perangai hamba-NYA tersebut. Apabila sudah bermula kelas, mata hamba Allah s.w.t tersebut mula berkelip-kelip dan kepalanya mula terangguk-angguk menahan mengantuknya.

Malang tidak berbau, dengan kehendak Allah s.w.t sedang hamba-NYA menahan mengantuknya, tiba-tiba kepalanya terhantuk 'monitor' komputer di mejanya. Nasib baik yang dihantuknya 'LCD monitor', bukan 'monitor' jenis lama yang 'screen'nya diperbuat daripada kaca. Dengan 'cool dan macho' hamba-NYA meng'cover' perbuatannya. Lalu bertanya pensyarah kepada hamba Allah s.w.t tersebut "Muiz, what are you trying to do? Answer the next question." Dengan agak 'cuak' hamba-NYA pun menjawab "Erm.. Nothing.. The answer is .......". Nasib hamba-NYA tahu jawapannya. Kalau tidak...

Hai.. Itulah dugaan yang dilalui oleh umat manusia. Syaitan laknatullah akan melakukan perlbagai cara untuk memastikan hamba-hamba Allah s.w.t terkandas dan sesat dalam menimba ilmu. Ini kerana dengan adanya ilmu, manusia akan menjadi lebih bertaqwa kepada-NYA. Antara alatan yang akan digunakan oleh Syaitan laknatullah adalah celak dan tongkatnya. Apabila dikenakan celak pada mata hamba Allah s.w.t, maka menjadi berat dan terkebil-kebil mata hamba Allah s.w.t tersebut. Jikalau digunakan tongkat, hamba Allah s.w.t tersebut akan terangguk-angguk seperti ayam mematuk makanan di tanah.

Persoalannya, bagaimana untuk mengelakkan diri daripada mengantuk? Aku ada beberapa petua untuk menghindarkan diri kalian daripada mengantuk. Antaranya adalah membasuh muka dam lebih afdal megambil wudhu. Kerana apabila mengambil wudhu, diri kalian menjadi suci dan bersih serta insyaAllah kalian dirahmati dan ilmu kalian diredhai Allah s.w.t. Kemudian ialah melakukan 'senaman mulut'. Makan gula-gula atau kunyah 'chewing gum' sekadar mengekalkan tahap kecelikkan mata kalian di tahap optimum. Jangan pula makan nasi lemak di dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Makan 'penyepak' jawabnya. Seterusnya tidur secukupnya bagi mengelakkan kalian mengantuk di dalam kelas. Beri peluang kepada badan dan minda kalian untuk berehat sebentar daripada aktiviti duniawi. Sekejap pun tidak mengapa asalkan kalian dapat lelapkan mata. Jangan pula terlajak hingga masuk waktu Zohor. Jangan lupa tanggungjawab. Selain itu, kalian boleh duduk dengan rakan-rakan kalian yang aktif dalam kelas. Kerana guru akan memerhatikan rakan kalian secara tidak lansung akan memerhatikan kalian juga pada waktu yang sama.

Berikut adalah petua yang dapat aku kongsi bersama kalian. Semoga dengan petua yang tidak seberapa ini dapat membantu kalian dalam aktiviti ilmiah yang kalian sertai.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAULAH Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi..
ENGKAU kurniakan rahmat dan nikmat dalam kami mempelajari ilmu pengetahuan-Mu..
ENGKAU lindungi kami dari sebarang musibah semasa kami mempelajari ilmu-Mu yang begitu luas..
Semoga demikian kami menjadi hamba-Mu yang taat dan berjasa kepada agama-Mu serta berbakti kepada bangsa dan negara..
Amin..

Saturday, July 18, 2009

Pemandu Tidak Berhemah..

Pernahkan kalian mengalami keadaan seperti berikut:


  1. Sedang kalian beratur menunggu membayar tol, tiba-tiba ada sebuah kereta memotong barisan kalian dan perlahan-lahan memasuki barisan kalian
  2. Sedang kalian memandu, tiba-tiba ada sebuah kereta menukar lorong tanpa memberi 'signal'.
  3. Setelah lampu isyarat di lorong kalian bertukar hijau, masih ada lagi kenderaan dari lorong lain masih bergerak walaupun sudah sampai giliran kalian.
  4. Sedang kalian menunggu lampu isyarat bertukar warna hijau, tiba-tiba muncul dari sisi kenderaan kalian sebuah motosikal lalu melanggar cermin sisi kenderaan kalian dan kadang kala berlanggar dengan kenderaan kalian kerana 'mencelah' di celah-celah kenderaan yang sedang berhenti.
  5. Sedang kalian memandu, ada sebuah kenderaan datang dari dengan kelajuan yang tinggi 'mencucuh angin' kalian sambil membunyikan hon dan menyalakan lampu 'high beam'.

ITU BERMAKNA KALIAN ADALAH MANGSA PEMANDU YANG TIDAK BERHEMAH

Situasi sebegini adalah lumrah bagi setiap pemandu lebih-lebih lagi bagi pengguna di kawasan bandar. Pemandu kini mula lupa hormat pemandu lain lebih-lebih lagi pemandu yang lebih kecil daripadanya (saiz, harga, berat, panjang, and others does matter).

Siapakah yang kita perlu salahkan?

  1. Ibubapa yang tidak menegur cara pemanduan anak-anak mereka.
  2. Jurulatih / cikgu yang mengajar mereka memandu.
  3. Penilai JPJ yang meluluskan mereka supaya dapat memandu.
  4. Polis yang tidak mengambil peduli tentang cara pemanduan semua pemandu.

Jawapannya BUKAN SEMUA DI ATAS. Bagi pendapat aku, ianya disebabkan oleh 'budaya' masyarakat itu sendiri. Kerana budaya yang membentuk sesebuah masyarakat itu. Jikalau baik sesebuah budaya, maka baiklah masyarakat tersebut dan sebaliknya. Setiap budaya ada perwatakan, kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Itu adalah kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. DIA yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Dijadikan setiap masyarakat berbeza antara satu sama lain. Jikalau tidak, tidaklah kita dapat menikmati roti canai, roti Arab, roti Perancis (French Loaf) dan roti yang sama waktu dengannya.

Berbalik kepada topik asal.. Bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Pendapatku, ianya perlu bermula dengan diri kita sendiri. Kita perlu menunjukkan teladan yang baik supaya dapat diteladani oleh orang lain dan generasi akan datang. Seterusnya masyarakat tersebut perlu menunjukkan teladan baik mereka terhadap masyarakatnya sendiri. Jangan mengharapkan masyarakat lain untuk menolong masyarakat kalian jika kalian sendiri tidak menolong masyarakat kalian sendiri. Kemudian pastikan agama dijadikan pegangan sesebuah masyarakat tersebut. Tiada agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya melakukan perkara yang bertentangan dengan moral manusia. Jika ada, itulah yang digelar 'ajaran sesat'. Hindarinya. Terakhir pihak berwajib perlu membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pemandu yang tidak berhemah tersebut. Jangan biarkan mereka 'naik lemak'. Susah kalau hendak membakar 'lemak' yang sudah tepu. Sebaiknya membakar 'lemak' yang masih baru dan tidak tepu.

Aku berharap dengan penulisanku ini sedikit sebanyak dapat membuka minda dan menyedarkan permandu yang tidak berhemah di luar sana supaya kembali ke pangkal jalan.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAU ampunkanlah hamba-hamba-Mu yang telah melakukan kesalahan dan kerosakkan di mukabumi ini..
ENGKAU sinarilah hati kami dengan Nur Hidayah semoga kami menjadi hamba-Mu yang taat kepadamu dan bertimbangrasa terhadap masyarakat di sekitar kami..
Amin..

Those Who Can't Do, Teach..

Huhu..

Topik ini agak sensetif tetapi ianya benar. Allah s.w.t Maha Adil. DIA tidak mencipta sesuatu yang mampu melakukan semua tugasan kerana hanya DIA yang Maha Berkuasa.

Aku agak cemburu melihat kenalan-kenalanku yang lagi hebat dari pelbagai aspek. Tetapi bila difikirkan kembali, aku sedar dan bersyukur dengan kurniaan-NYA kepadaku. Aku memiliki kelebihan yang orang lain tidak miliki. Dengan itu aku mula belajar bersyukur dan redha dengan pemberian Allah s.w.t.

Berbalik kepada topik asal.. Disebabkan aku tidak mampu melakukan apa yang mampu dilakukan oleh kenalan-kenalanku, maka aku mengambil kesempatan melihat apa yang dapat dilakukan oleh kenalan-kenalanku. Dari situ aku mula belajar dan mula mengejar mereka.

Tetapi apakan daya, mereka telah jauh meninggalkan aku. Hendak 'cucuh angin' pun tidak mampu. Lalu perasaan cemburu aku berbuak-buak. Astagfirrullahalazim.. Jahil sungguh hamba Allah bernama Mohd Muizzuddin bin Zainuddin ini. Lalu aku pun berfikir panjang. Adakah aku ada lakukan sesuatu yang salah atau Allah s.w.t tidak mahu aku memilih jalan tersebut? Aku jadi buntu..

Dalam kebuntuan, aku pun melakukan aktiviti kegemaranku. Lalu aku didatangi oleh anak-anak di sekitar kediamanku bermain bersama-samaku. Aku pun apa lagi, menunjukkan 'skills' yang aku miliki. Lalu bertanya salah seorang daripada anak tersebut "Abang ni 'power' la. Boleh ajar saya tak?" Masya-Allah.. 'Blurr' aku dibuatnya dengan ayat penyata dan ayat tanya anak tersebut. Terpacak aku bagaikan tiang walaupun aku memang kelihatan seperti tiang. Huhu..

Aku tidak menjawab soalan anak tersebut dan membiarkan anak tersebut tertanya-tanya. Lalu aku 'take-5' sebentar. Lalu anak yang sama datang kepadaku sekali lagi dan berkata "Ala abang.. Boleh la.. Takda sapa nak ajar kitaorang..". Aku yang kasihan melihat mimik muka '50 sen' anak tersebut pun mula mengajar mereka 'basic'. Setelah selesai, mereka pun berkata "Terima kasih abang. Lain kali ajar lagi eh?". Aku yang serba 'blurr' hanya mampu mengangguk kepalaku.

Subhanallah.. Begitu ENGKAU mengatur hidup hamba-MU. Sesungguhnya ENGKAU Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui. Sejak hari itu aku mula mengajar anak-anak bangsaku supaya mereka tidak ketinggalan dan terlepas peluang yang tidak dapatku miliki. Aku ingin pastikan anak-anak bangsaku tidak ditindas oleh anak-anak bangsa lain. Itu cita-citaku sekarang. Sambil aku mengajar mereka, aku pun turut belajar memperbaiki kelemahanku. Aku semakin mahir dan dapat 'mencucuh angin' kenalan-kenalanku kembali. Kini aku bebas dari kebuntuan dan ketidakpastian.

Ya Allah, Ya Tuhanku..
Sesungguhnya ENGKAU Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui..
Aku pohon ENGKAU tabahkan hati hamba-MU ini untuk mendidik anak-anak bangsaku..
Supaya mereka dapat berbakti kepada Agama-Mu serta berjasa kepada bangsa dan negara..
Amin..

Thursday, July 16, 2009

Salahkan Menjadi 'Universal'??

Soalan ini selalu dikemukakan oleh kenalanku:

  1. Muiz, kenape ko kawan dengan dier?? Bukan ke dier.................??
  2. Eeee Muiz, ko main netball?? Bukan ke game itu untuk pempuan saja??
  3. Fuiyo, ko main paintball Muiz?? Tak sakit ke??
  4. Muiz, pesal ko semangat betul dengan aktiviti s...t?? Bukan dapat apa-apa pun. Buat penat saja.
  5. Wei Muiz, ko tak bosan ke main DOTA je? Macam takde life la wei.

ZZZZZ....

Itulah kerenah yang aku lalui. Pepatah Melayu mengatakan "Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam".

Aku terima seadanya kenalan-kenalanku. Merekalah yang mewarnai kehidupanku. Tanpa mereka siapalah aku ini. Aku tidak memilih bulu. Sesiapa sahaja boleh menjadi kenalanku tidak kira latar belakang keluarga, darjat, latar belakang politik, kaum, jantina dan sebagainya.

Berkaitan dengan hobi dan kegemaran. Itu hak aku untuk memilihnya. Salahkan aku untuk memilih perkara yang baru dan pelik?? Atau kamu hanya akan menerimaku jika aku adalah seorang 'budak geek', 'nerd', 'warak', 'sopan', 'jenis cover', 'playboy', 'pemberontak' atau sebagainya. Aku juga ingin menjadi orang yang 'cool', 'stylo', 'berkepimpinan', 'tabah', 'patuh', 'ringan tulang' dan sebagainya Pepatah Melayu mengatakan "Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia tidak".

Kadang-kadang aku kertawa kecil bila bersendirian memikirkan kenalan-kenalanku yang berbagai-bagai kerenah. "Hai.. Macam-macam la korang ni. Nasib baik la aku sayang korang dan aku jenis tak kisah. Kalau tidak..."

Kepada kenalan-kenalanku, AKU SAYANG KAMU tetapi berilah peluang kepadaku untuk menikmati hidup yang sementara ini. Tidak salah kan untuk diriku mencuba sesuatu yang baru dan pelik?? SO RESPECT PLEASE.. THANK YOU..

Ya Allah..
ENGKAU Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Aku bersyukur di atas pemberian dan kurniaan-Mu (kenalan-kenalanku)..
Aku pohon kehadrat-Mu untuk memberikan limpahan rahmat kepada kenalan-kenalanku samada yang masih hidup atau yang sudah meninggalkanku untuk bertemu-Mu..
Semoga demikian mereka menjadi hamba-Mu yang taat dan menjaga silaturrahim sesama mereka..
Amin..

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, dengan berkat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta Karomah dan Hikmah kedua-dua ibubapaku; dapatlah aku membina dan menyiapkan blog yang serba ringkas ini..

Blog ini baru sahaja disiapkan atas dasar untuk mencari lebih ramai kawan-kawan untuk belajar, bertukar-tukar pendapat, berkongsi cerita dan lain-lain..

Diharap agar penglibatan sulungku dalam arena blogging ini diterima umum dan diharap jika terdapat salah, silap, dan menyinggung perasaan orang lain; aku minta maaf dan sila tegur kesalahanku..

Semoga kita semua mendapat limpahan rahmat daripada Allah s.w.t
Amin..

MOHD MUIZZUDDIN BIN ZAINUDDIN

"Magical Template" designed by Blogger Buster