Friday, July 31, 2009

Varsatile..

Adakah kalian mengenali mengenali jejaka di bawah ini:




Samada kalian kenal atau tidak, beliau adalah STEVE NASH. Beliau merupakan 'multi-talented athelete' dari Canada. Beliau merupakan idolaku dalam arena sukan. Lihat saja kebolehan beliau. Basketball, soccer, table tennis, ice hockey, tennis dan banyak lagi.

Tapi di sini aku bukan mahu ketengahkan topik kesukanan. Apa yang aku hendak ketengahkan ialah KEBOLEHAN UMAT ISLAM DALAM PELBAGAI ASPEK. Huhu.. Topik ini mungkin akan berleret dan menyakitkan hati kalian. Sebelum aku memulakan apa-apa baik aku minta maaf jika terkasar bahasa..

Kita mulai dengan contoh yang kebiasaan terjadi di dalam masyarakat kita. Majlis agama hanya dikendali oleh orang mempunyai gelaran 'keagamaan' sahaja. Apabila hendak buat kenduri kesyukuran, doa selamat dan sebagainya mesti menggunakan khidmat TOK IMAM. Maaf jika saya kata sedemikian. Ya.. Benar kita seeloknya memuliakan Tok Imam tersebut tetapi sekurang-kurangnya bacakanlah doa penutup. Itu pun sudah memadai dan ianya sebagai lambang memuliakan tuan rumah tersebut. Semua Tok Imam tersebut hendak buat (tidak termasuk memperlawa jemaah lain dan sebagainya), berbuih mulut Tok Imam tersebut dibuatnya.

Aku tercabar apabila penceramah di surau berdekatan rumahku berkata di dalam ceramahnya "Apa salahnya melihat engineer mengimamkan solat fardhu. Apa salahnya melihat doktor mengimamkan solat jenazah pesakitnya. Apa salahnya accountant mengetuai bacaan yasin dan tahlil." Membuatkan diriku untuk mendalami agama sedalam yang mungkin.

Selain itu, adegan passing baton apabila diberikan tugasan. Contohnya apabila disuruh ke depan untuk menjadi imam, semua melaga-lagakan bahu, menolak perlahan-lahan satu sama lain untuk memaksa mereka menjadi imam. Kadang kala aku kertawa kecil melihat gelagat golongan 'senior' kita. Mana tidaknya golongan muda masih terbawa-bawa adegan passing baton. Kita menjadi bangsa yang takut pikul amanah ataupun golongan tanpa 'leadership skills'. Semua mengharapkan orang lain. Aku suka melihat anak-anak yang mendapat didikan Islam yang lebih mendalam (yang berasal dari latar belakang keluarga ataupun sekolah mereka) tanpa segan silu menjadi imam apabila dipelawa. Aku pun jikalau sudah 3-4 baton sampai barulah pergi ke hadapan (itu pun dalam hati bermonolog "Apalah surah nak baca ni? Kang doa nak panjang-panjang ke pendek-pendek je?".) Aztagfirullahalazim..

Seterusnya golongan profesional tidak mementingkan agama. Alasannya basic sudah memadai dan selebihnya diserahkan kepada 'ahli' agama. Hai.. Pemikiran sebegini pun ada juga.. Adakah mereka jahil mengenai sejarah tamadun Islam? Wallahualam.. Ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam lahir pada zaman kegemilangan Tamadun Islam. Mereka berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w dalam menimba ilmu. Itu merupakan tunggak kecemerlangan mereka. Contohnya Al-Razi (kimia), Ibnu Battuta (penjelajahan), Ibnu Al-Awwam (pertanian dan penternakan), Ibnu Sina (perubatan), Al-Khawarizmi (matematik dan astronomi) dan ramai lagi. Siapa kata tidak perlukan Al-Quran dalam sains? Nauzubillah.. Al-Quran adalah selengkap-lengkap rujukan untuk umat manusia. Pendapatku agama dan sains tidak dapat dipisahkan. Contoh firman Allah mengenai Al-Quran sumber rujukan yang lengkap:

“Haa Mim. Turunnya kitab ini daripada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu iaitu al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.” – (Surah Fussilat, ayat 1 - 4)

Berikut sahaja yang ingin aku kongsikan buat masa sekarang. Diharapkan dengan penulisanku yang tidak seberapa ini mampu mengubah perspektif anda melihat dunia yang penuh pancaroba dan dugaan serta membetulkan pemikiran kita.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAU yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
ENGKAU kurniakanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk berjuang menimba ilmu-Mu yang tiada kesudahan..
Semoga demikian kami menjadi hamba-Mu yang berilmu dan mudah untuk beramal soleh kepada-Mu Ya Allah..
Amin..

2 comments:

arnamee said...

Salam muiz.

betul. itu yg kita nak. seorg islamik yg multi talented.
bygkan kemunculan seorg "p.ramlee" dlm bidang agama.

sebab org yg pandai agama pun ada yg belajar usuluddin, tapi bab tajwid, mereka perlu belajar lagi, mcm tu.

sebab tu bila ada photographer yg boleh jadi imam, ustaz azhar,peter sanders muncul,ramai kagum.- subhanallah.

p/s : dgn segan dam malunya saya menjemput anda beri komen di blog sye yg buruk itu:(

MOHD MUIZZUDDIN BIN ZAINUDDIN said...

salam cik anem..
thx 4 the comment..

insyaAllah sy komen blog awk yg serba ilmiah tersebut..

"Magical Template" designed by Blogger Buster