Me and SKP..
- Apakah yang kalian lakukan untuk mengisi masa teluang kalian?
- Adakah kalian mengisi masa lapang dengan aktiviti dengan aktiviti yang bermanfaat?
- Berapakah nisbah aktiviti bermanfaat berbanding aktiviti yang tidak bermanfaat yang kalian isi di masa lapang?
Jikalau kalian mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat, alhamdulillah.. Teruskan dan istiqamah dengan aktiviti tersebut. Jikalau tidak, tidak mengapa. Masih belum terlewat untuk mengubah pendirian dan habit kalian.
Kita hidup di bawah rahmat Allah s.w.t dan rasanya kita bertanggungjawab untuk mengisi masa terluang dengan semanfaatnya.Masa terluang merupakan kurniaan dan rezeki Allah s.w.t dan rasanya tidak wajar untuk kita membazirkannya dengan perkara yang tidak berfaedah. Ramai yang berpendapat masa itu emas. Cuba bayangkan gelang tangan (bagi perempuan) atau jongkong emas kepunyaan kalian dilemparkan ke longkang ataupun gaung mahupun laut.
Apakah perasaan kalian? Itulah perumpamaan membuang masa dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.
Mari kita lihat apakah yang boleh dilakukan oleh masyarakat belia di negara kita?
- Beriadah
- Melakukan aktiviti kemasyarakatan
- Berdakwah
- Bekerja
- Mengemas rumah dan aktiviti yang sama waktu dengannya
- menelaah dan mencari ilmu
- Dan sebagainya..
Sampai di sini sahaja penulisanku untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi untuk membincangkan topik lain yang mampu membuka mata kalian, insyaAllah..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku bermohon kepada-MU agar ENGKAU beri kekuatan Iman untuk kami membenteng diri kami dari perkara yang melalaikan dan membazir masa yang ENGKAU berikan kepada kami..
Semoga demikian kami menjadi hamba-MU yang diredhai..
Amin..