Wednesday, September 2, 2009

Riadah pada Bulan Ramadhan..



Sedang aku membelek-belek photo album di dalam komputer lamaku, aku terlihat gambar-gambar di atas lalu aku upload ke blogku ini bersempena tajuk entry kali ini.

  1. Gambar aku Form 5. Aku mengilai basketball pada ketika itu. Hampir setiap hari aku bermain bersama rakan-rakanku pada waktu petang.
  2. Gambar ayahku sedang bermain basketball bersama badut ketika kami sekeluarga bercuti ke Port Dickson tahun lepas. Badut tersebut cukup sporting dan friendly. Penat kami melayan kerenah beliau.
  3. Gambar adikku bersama ibuku mengayuh basikal pada percutian tersebut. Menghabiskan masa petang percutian tersebut dengan beriadah.
  4. Gambar Aniq kesayanganku yang sedang berenang. Pantang nampak swimming pool mesti mahu terjun sambil mengajak abang kesayangannya ini.

Berbalik kepada topik kali ini. Beberapa rakanku memberikan jawapan sebegini pabila aku mengajak mereka untuk beriadah di bulan Ramadhan:
  1. Penat la Muiz. Kau ni semangat kuda pehal??
  2. Malas la. Kang kau nak angkat aku ke?
  3. Ish.. Kau ni puasa ke tak main basketball hari-hari..
ZZZZ.. Macam-macam ragam rakan-rakanku pabila Ramadhan menjelang tiba.. Terlupa aku mengucapkan Ramadhan Mubarak kepada kalian. Semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah kita serta istiqamah pada bulan-bulan yang akan datang. Berbalik kepada cerita di atas, ramai orang memalaskan diri untuk beriadah di bulan Ramadhan dengan pelbagai alasan (seperti di atas).

Mari kita perbincangkan topik ini dengan lebih mendalam. Bismillah.. Aku mulakan entry kali ini dengan definisi riadah atau rekreasi yang bermaksud kegiatan di waktu lapang untuk menyihatkan badan dan minda (wikipedia.com). Cabang untuk beriadah terlalu besar. Kalian boleh googling sendiri untuk mendapatkan jawapannya. Riadah boleh dilakukan bila-bila masa di mana jua kalian berada tanpa anda sedari ataupun tidak. Adakah kalian sedar bahawa menaiki anak-anak tangga dan berjalan juga adalah aktiviti riadah (rujuk kepada definisi).

Persoalan yang merujuk kepada tajuk entry kali ini adalah adakah riadah relevan pada bulan Ramadhan? Aku ingin mengupas sedikit sejarah Rasullullah s.a.w di mana Allah s.w.t memerintahkan Rasullullah s.a.w untuk berperang pada bulan Ramadhan. Pada ketika itu, umat Islam baru sahaja difardhukan untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan pada ketika peristiwa Isra' Mikraj. Cuba bayangkan, baru sahaja dapat perintah berpuasa kemudian di arahkan untuk berperang. Madness?? This is Sparta!! (quote dalam cerita 300). Cuma selingan untuk kali ini. Huhu.. Kembali kepada diskusi kali ini, kita lihat ketaatan dan keredhaan umat ketika itu. Sanggup lakukan apa sahaja demi Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w. Hendak dibandingkan dengan kita, korbankan masa pun susah apatah lagi korbankan nyawa. Bagiku, riadah adalah relevan pada bulan Ramadhan. Riadah hanya memakan masa dan tenaga yang sedikit jika dibandingkan dengan berperang. Pada zaman Rasullullah s.a.w, umat ketika itu berperang dengan berjalan kaki (infantry) tanpa bantuan meriam artillery dan payung terjun untuk memudahkan mereka bergerak ke medan perang. Cuma orang berkepentingan seperti Rasullullah s.a.w dan para panglima menunggang kuda dan unta. Berapa banyak tenaga perlukan untuk berperang di bulan Ramadhan? Wallahualam..

Tujuan asal riadah adalah untuk menyihatkan badan. Bagi mereka yang ingin membuat 'modifikasi' terhadap badan mereka, bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik. Selalu kedengaran pabila menjelang Ramadhan, ramai yang tersenyum sambil berkata "Seluar I dah loose la.. Berat badan I dah turun kot.." Huhu.. Pasti kalian tersenyum sipu selepas membaca statement tersebut. Benar.. Ramai yang mengambil peluang bulan Ramadhan untuk menurunkan berat badan. Tetapi pada 1 Syawal, ramai yang mengeluh sambil berkata "Ish.. Hari tu I ukur muat.. Siap ukur lebih lagi.. Ni dah tak muat pulak.." Subhanallah.. Baru 1 Syawal berat badan dan kembali bertambah, apakan yang akan terjadi menjelang Ramadhan akan datang? Lu pikir la sendiri.. (Nabil Raja Lawak Musim ke-2) Macam-macam perangai masyarakat kita ini. Seperti yang aku perkatakan 'modifikasi' memberi 2 maksud iaitu bertambah atau berkurang berat badan. Sepatutnya jika kalian menjaga pemakanan dan beriadah seperti di bulan Ramadhan, insyaAllah kalian akan dapat bentuk badan yang kalian inginkan.

Punca malas beriadah di bulan Ramadhan adalah mentaliti individu sendiri. Mereka lebih suka memberatkan punggung ke katil dan kerusi dengan melakukan aktiviti yang kurang bermanfaat. Saya fikir kalian faham maksudku. Aduhai.. Maksudnya tidur dan mengadap televisyen serta komputer. Itu pun tidak faham. Apakah yang dilakukan untuk menggalakkan kita untuk beriadah di bulan Ramadhan. Jawapanku adalah dekati rakan-rakan yang aktif beriadah. Mereka dengan secara tidak lansung akan menggalakkan kalian untuk beriadah tidak kira waktu dan tempat. Tetapi jika diajaknya kalian beriadah di dalam swimming pool, tampar beberapa kali muka mereka supaya mereka sedar yang mereka berada di bulan Ramadhan. Seterusnya ialah memperbanyakkan langkah kalian. Cuba meletakkan kereta kalian pada jarak yang agak jauh dari destinasi kalian dan menggunakan tangga menggantikan lif ataupun pusing bazaar Ramadhan beberapa kali sebelum membeli juadah yang kalian ingin beli. InsyaAllah kalian akan berasa sihat dengan aktiviti berjalan kaki tersebut. Dan terakhir adalah kerap mengemas sekitar rumah kalian terutamanya laman, tandas dan stor. Kebersihan rumah kalian terjamin serta menyihatkan tubuh badan lain. Jikalau terlebih rajin, buat renovation sekali rumah kalian. Tetapi pastikan kalian mendapat khidmat nasihat daripada arkitek bertauliah. Tidak tentu pasal mengubahsuai rumah tanpa mengikut spesifikasi yang betul boleh menyebabkan kalian didenda. Harap maklum. Huhu..

Itu sahaja yang aku dapat kongsi bersama kalian. Marilah kita beriadah bersama-sama di bulan yang penuh baraqah ini untuk menjaga kesihatan kita bersama. Yang baik itu daripada Allah s.w.t dan yang buruk serta salah itu adalah kesalahan saya sebagai manusia.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku memohon agar ENGKAU kurniakan kami kekuatan kepada kami di bulan Ramadhan ini..
Supaya kami dapat beramal soleh kepada-Mu dan menahan kemungkaran kepada-Mu..
Amin..

"Magical Template" designed by Blogger Buster