Monday, July 20, 2009

Mengantuknya..

Al-kisah ada seorang hamba Allah s.w.t yang bernama Mohd Muizzuddin bin Zainuddin. Hendak dijadikan cerita pada satu hari, hamba-NYA tersebut menghadirkan diri ke kelas dalam keadaan mengantuk. Entah apa yang dilakukan semalam sehingga hamba-NYA tersebut sebegitu mengantuk. Lagi-lagi pada hari itu kelas makmal komputer. Itu merupakan peluang keemasan kerana makmal komputer merupakan 'port' terbaik untuk terlena selain surau fakulti yang ber'air-cond' kuat.

Setelah masuk ke kelas, hamba-NYA tersebut pun mencari 'port' terbaik untuk mengelakkan dirinya dikesan oleh pensyarah. Aztagfirullahalazim.. Buruk betul perangai hamba-NYA tersebut. Apabila sudah bermula kelas, mata hamba Allah s.w.t tersebut mula berkelip-kelip dan kepalanya mula terangguk-angguk menahan mengantuknya.

Malang tidak berbau, dengan kehendak Allah s.w.t sedang hamba-NYA menahan mengantuknya, tiba-tiba kepalanya terhantuk 'monitor' komputer di mejanya. Nasib baik yang dihantuknya 'LCD monitor', bukan 'monitor' jenis lama yang 'screen'nya diperbuat daripada kaca. Dengan 'cool dan macho' hamba-NYA meng'cover' perbuatannya. Lalu bertanya pensyarah kepada hamba Allah s.w.t tersebut "Muiz, what are you trying to do? Answer the next question." Dengan agak 'cuak' hamba-NYA pun menjawab "Erm.. Nothing.. The answer is .......". Nasib hamba-NYA tahu jawapannya. Kalau tidak...

Hai.. Itulah dugaan yang dilalui oleh umat manusia. Syaitan laknatullah akan melakukan perlbagai cara untuk memastikan hamba-hamba Allah s.w.t terkandas dan sesat dalam menimba ilmu. Ini kerana dengan adanya ilmu, manusia akan menjadi lebih bertaqwa kepada-NYA. Antara alatan yang akan digunakan oleh Syaitan laknatullah adalah celak dan tongkatnya. Apabila dikenakan celak pada mata hamba Allah s.w.t, maka menjadi berat dan terkebil-kebil mata hamba Allah s.w.t tersebut. Jikalau digunakan tongkat, hamba Allah s.w.t tersebut akan terangguk-angguk seperti ayam mematuk makanan di tanah.

Persoalannya, bagaimana untuk mengelakkan diri daripada mengantuk? Aku ada beberapa petua untuk menghindarkan diri kalian daripada mengantuk. Antaranya adalah membasuh muka dam lebih afdal megambil wudhu. Kerana apabila mengambil wudhu, diri kalian menjadi suci dan bersih serta insyaAllah kalian dirahmati dan ilmu kalian diredhai Allah s.w.t. Kemudian ialah melakukan 'senaman mulut'. Makan gula-gula atau kunyah 'chewing gum' sekadar mengekalkan tahap kecelikkan mata kalian di tahap optimum. Jangan pula makan nasi lemak di dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Makan 'penyepak' jawabnya. Seterusnya tidur secukupnya bagi mengelakkan kalian mengantuk di dalam kelas. Beri peluang kepada badan dan minda kalian untuk berehat sebentar daripada aktiviti duniawi. Sekejap pun tidak mengapa asalkan kalian dapat lelapkan mata. Jangan pula terlajak hingga masuk waktu Zohor. Jangan lupa tanggungjawab. Selain itu, kalian boleh duduk dengan rakan-rakan kalian yang aktif dalam kelas. Kerana guru akan memerhatikan rakan kalian secara tidak lansung akan memerhatikan kalian juga pada waktu yang sama.

Berikut adalah petua yang dapat aku kongsi bersama kalian. Semoga dengan petua yang tidak seberapa ini dapat membantu kalian dalam aktiviti ilmiah yang kalian sertai.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAULAH Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi..
ENGKAU kurniakan rahmat dan nikmat dalam kami mempelajari ilmu pengetahuan-Mu..
ENGKAU lindungi kami dari sebarang musibah semasa kami mempelajari ilmu-Mu yang begitu luas..
Semoga demikian kami menjadi hamba-Mu yang taat dan berjasa kepada agama-Mu serta berbakti kepada bangsa dan negara..
Amin..

2 comments:

arnamee said...

salam awak.

nasib baik awak ngan kmputer tu tak apa2.
ALhamdulillah.siap dpt jwb gik;p

erm, itula wak.lagi2 time wat baik, syaitan suke kacau2.
mmg itu job full time dier. huuhu.

;)

MOHD MUIZZUDDIN BIN ZAINUDDIN said...

salam cik anem..
thx 4 the comment
2 la..
len kli kne berjage2 skit..
klu x knyg mkn monitor..
huhu..

"Magical Template" designed by Blogger Buster