Thursday, January 14, 2010

Me and SKP..

Salam..


Huhhh.. (melepaskan nafas dengan kuat..)


Apa khabar kalian semua? Diharapkan kalian sihat sejahtera di bawah rahmat Allah s.w.t insyaAllah.. Kali ini aku ingin bercerita tentang gaya hidupku yang terbaru. Huhu.. Bukan nak promote barang-barang direct selling. Jangan salah faham pula. Aku cuma ingin berkongsi pengalamanku iaitu bekerja sambil belajar..


Kini aku di bawah Skim Khidmat Pelajar (SKP) yang bermaksud pelajar yang sedang belajar yang berkhidmat untuk institusi pengajiannya untuk mengisi masa terluang dan kocek yang kosong. Huhuhu.. Ianya bermula semasa aku menjalani Latihan Industri di universitiku. Selepas tamat Latihan Industriku, Supervisorku bertanya "Sambunglah hingga hujung tahun". Aku pun mengangguk sahaja. Selapas tamat jangkamasa tersebut, supervisorku bertanya lagi "Nak buat SKP tak?" Melihat peluang di hadapanku, tanpa berlengah aku menjawab "Boleh saja".


Itulah aku, perebut peluang. Pantang nampak peluang terus kurebut. Berbalik kepada tajuk yang inginku kupas kali ini iaitu BELIA DAN MASA TERLUANGNYA. Inginku bertanya kepada kalian beberapa soalan iaitu:

  1. Apakah yang kalian lakukan untuk mengisi masa teluang kalian?
  2. Adakah kalian mengisi masa lapang dengan aktiviti dengan aktiviti yang bermanfaat?
  3. Berapakah nisbah aktiviti bermanfaat berbanding aktiviti yang tidak bermanfaat yang kalian isi di masa lapang?

Jikalau kalian mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat, alhamdulillah.. Teruskan dan istiqamah dengan aktiviti tersebut. Jikalau tidak, tidak mengapa. Masih belum terlewat untuk mengubah pendirian dan habit kalian.

Kita hidup di bawah rahmat Allah s.w.t dan rasanya kita bertanggungjawab untuk mengisi masa terluang dengan semanfaatnya.Masa terluang merupakan kurniaan dan rezeki Allah s.w.t dan rasanya tidak wajar untuk kita membazirkannya dengan perkara yang tidak berfaedah. Ramai yang berpendapat masa itu emas. Cuba bayangkan gelang tangan (bagi perempuan) atau jongkong emas kepunyaan kalian dilemparkan ke longkang ataupun gaung mahupun laut.
Apakah perasaan kalian? Itulah perumpamaan membuang masa dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.

Mari kita lihat apakah yang boleh dilakukan oleh masyarakat belia di negara kita?

  1. Beriadah
  2. Melakukan aktiviti kemasyarakatan
  3. Berdakwah
  4. Bekerja
  5. Mengemas rumah dan aktiviti yang sama waktu dengannya
  6. menelaah dan mencari ilmu
  7. Dan sebagainya..
Kesimpulannya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh para belia untuk mengisi masa lapang mereka. Apa yang mereka perlukan ialah sedikit motivasi dan tunjuk masyarakat sekeliling. Masyarakat sekeliling juga berperanan untuk memantau perkembangan belia di kawasan mereka. Tidaklah sampai "menjaga kain" para belia tersebut. Cukuplah sekadar memerhati dan menasihati mereka.

Sampai di sini sahaja penulisanku untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi untuk membincangkan topik lain yang mampu membuka mata kalian, insyaAllah..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku bermohon kepada-MU agar ENGKAU beri kekuatan Iman untuk kami membenteng diri kami dari perkara yang melalaikan dan membazir masa yang ENGKAU berikan kepada kami..
Semoga demikian kami menjadi hamba-MU yang diredhai..
Amin..

Thursday, January 7, 2010

Penangan Tahun Baru..

Salam Tahun Baru Hijrah Dan Masihi kepada kalian..

Maaf kerana lama tidak mengupdate blogku ini.. Agak bersawang dan berdebu jika dilihat secara zahirnya.. Huhuhu..

Tujuan aku menulis kali ini hanya untuk mengupdatekan diriku ini di kaca mata kalian supaya kalian tidak tertanya-tanya kehilanganku..

Berikut adalah ringkasan dan sisipan daripadaku sepanjang hujung tahun hingga hari ini (07/01/10):

  1. Disember 2009 - Menjalani Latihan Industri (Sibuk dengan Dis 09 - Apr 10 Intake)
  2. Ambang New Year - Sertai PERKID dalam OPS Amal Maaruf Nahi Mungkar
  3. 2-3 Januari 2010 - Kemasukkan pelajar baru (Penat sungguh)
  4. 4 Januari 2010 - Class dah start (Sambutan kurang. Masing-masing tidur di kolej)
  5. 5-7 Januari 2010 - Aku diserang sakit mata (Jangkit dari roommateku)
  6. 8 Januari 2010 - Cadangnya mahu berpicnic di PD
  7. 9 Januari 2010 - Wallahualam
Itu sahaja dari diriku buat kali ini.. Diharapkan tahun ini dapat kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Alah s.w.t menerusi amal ibadah kita dan meningkatkan mutu hidup daripada kurang berkualiti kepada lebih berkualiti..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Segala puji bagi-MU yang mengurniakan kami rahmat dan nikmat untuk kami meneruskan kehidupan kami..
Oleh sebab itu aku memohon kepada-MU agar ENGKAU berikan kekuatan kepada kami untuk berjuang di atas nama dan agama-MU..
Semoga demikian, kami menjadi hamba-MU yang diredhai..
AMIN..

Thursday, November 12, 2009

Last But Not Least..

Salam..

Keadaan aku yang kini dilanda musim peperiksaan menjauhkan aku dari blog ini. Kesempatan mencelah dan mengambil lap untuk mencuri dan menceroboh masaku untuk menaip username and passwordku pada login blog ini membuatkan aku rasa.... (speechless).

Sehubungan dengan ini beserta kesempatan yang ada aku ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman dengan berhemah dan mengikuti papan tanda di jalanraya dengan betul (jangan main bedal sahaja). Kepada yang belum habis (sepertiku), selamat menghabiskan paper terakhir kalian dengan bekalan yang secukupnya serta diiringi amalan-amalan lain. Marilah kita beristiqamah belajar hingga saat yang terakhir.

Ya Allah..
ENGKAU yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Aku memohon kepada-Mu agar diberikan kekuatan untuk menjawab peperiksaan ini..
Aku memohon agar ENGKAU berkati ilmu-Mu yang telah engkau pelajari..
Dan janganlah ENGKAU tarik balik ilmu yang telah ENGKAU berikan..
Serta ENGKAU jadikanlah peperiksaan ini sebagai wadah untuk memartabatkan agama-MU..
Semoga demikian kami menjadi hamba-Mu yang diredhai..
Amin..

Wednesday, October 28, 2009

Panggilan Peperiksaan..

Minggu peperiksaan telah tiba. Ini menunjukkan masa untuk pulun habis masa terluang termasuk masa tidur untuk menelaah buku yang terlepas pandang sepanjang semester ini. Huhu.. Sama-samalah kita berdoa kehadrat Illahi semoga peperiksaan ini dapat mendekatkan diri kita kepada-Nya serta mengubah kita menjadi manusia yang lebih baik.

Ya Allah..
Aku memohon kepada-Mu agar Engkau berikan ketenangan kepadaku dalam menjawab peperiksaan..
Aku memohon agar Engkau berikan keberkataan ke atas ilmu-ilmumu yang telah kupelajari..
Dan jadikanlah peperiksaan ini sebagai wadah untuk memartabatkan agamamu serta untuk berjasa kepada bangsa dan negara..
Oleh itu, Engkau berikanlah kecemerlangan ke atasku..
Semoga demikian aku menjadi hambamu yang diredhai..
Amin..

Wednesday, October 7, 2009

Lama Menghilang..

Salam..

Maaf kalian kerana sekian lama menyepi. Kekangan masa yang tidak pandai kubahagikan sebaik mungkin memisahkan aku dengan blogku. Selain itu entry yang kutangguh disebabkan kekurangan fakta dan agak kurang sesuai menyebabkan blog ini terbengkalai..

Penulisanku ini kali disebabkan tekanan sebahagian daripada kalian yang dahagakan input daripadaku. Aku hanyalah insan biasa yang serba kekurangan. Untuk berkongsi mana yang kutahu boleh. Hai.. Kalian.. Kalian.. InsyaAllah akanku post entry yang baru secepat mungkin untuk mengubat rindu kalian (ketawa kecil).

Sekian sahaja untuk kali ini. InsyaAllah bertemu di post akan datang.

Salam..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku bermohon kepada-Mu agar diberikan kekuatan untuk berjuang untuk agama-MU serta berbakti kepada bangsa dan negara..
Amin..

Wednesday, September 2, 2009

Riadah pada Bulan Ramadhan..



Sedang aku membelek-belek photo album di dalam komputer lamaku, aku terlihat gambar-gambar di atas lalu aku upload ke blogku ini bersempena tajuk entry kali ini.

  1. Gambar aku Form 5. Aku mengilai basketball pada ketika itu. Hampir setiap hari aku bermain bersama rakan-rakanku pada waktu petang.
  2. Gambar ayahku sedang bermain basketball bersama badut ketika kami sekeluarga bercuti ke Port Dickson tahun lepas. Badut tersebut cukup sporting dan friendly. Penat kami melayan kerenah beliau.
  3. Gambar adikku bersama ibuku mengayuh basikal pada percutian tersebut. Menghabiskan masa petang percutian tersebut dengan beriadah.
  4. Gambar Aniq kesayanganku yang sedang berenang. Pantang nampak swimming pool mesti mahu terjun sambil mengajak abang kesayangannya ini.

Berbalik kepada topik kali ini. Beberapa rakanku memberikan jawapan sebegini pabila aku mengajak mereka untuk beriadah di bulan Ramadhan:
  1. Penat la Muiz. Kau ni semangat kuda pehal??
  2. Malas la. Kang kau nak angkat aku ke?
  3. Ish.. Kau ni puasa ke tak main basketball hari-hari..
ZZZZ.. Macam-macam ragam rakan-rakanku pabila Ramadhan menjelang tiba.. Terlupa aku mengucapkan Ramadhan Mubarak kepada kalian. Semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah kita serta istiqamah pada bulan-bulan yang akan datang. Berbalik kepada cerita di atas, ramai orang memalaskan diri untuk beriadah di bulan Ramadhan dengan pelbagai alasan (seperti di atas).

Mari kita perbincangkan topik ini dengan lebih mendalam. Bismillah.. Aku mulakan entry kali ini dengan definisi riadah atau rekreasi yang bermaksud kegiatan di waktu lapang untuk menyihatkan badan dan minda (wikipedia.com). Cabang untuk beriadah terlalu besar. Kalian boleh googling sendiri untuk mendapatkan jawapannya. Riadah boleh dilakukan bila-bila masa di mana jua kalian berada tanpa anda sedari ataupun tidak. Adakah kalian sedar bahawa menaiki anak-anak tangga dan berjalan juga adalah aktiviti riadah (rujuk kepada definisi).

Persoalan yang merujuk kepada tajuk entry kali ini adalah adakah riadah relevan pada bulan Ramadhan? Aku ingin mengupas sedikit sejarah Rasullullah s.a.w di mana Allah s.w.t memerintahkan Rasullullah s.a.w untuk berperang pada bulan Ramadhan. Pada ketika itu, umat Islam baru sahaja difardhukan untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan pada ketika peristiwa Isra' Mikraj. Cuba bayangkan, baru sahaja dapat perintah berpuasa kemudian di arahkan untuk berperang. Madness?? This is Sparta!! (quote dalam cerita 300). Cuma selingan untuk kali ini. Huhu.. Kembali kepada diskusi kali ini, kita lihat ketaatan dan keredhaan umat ketika itu. Sanggup lakukan apa sahaja demi Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w. Hendak dibandingkan dengan kita, korbankan masa pun susah apatah lagi korbankan nyawa. Bagiku, riadah adalah relevan pada bulan Ramadhan. Riadah hanya memakan masa dan tenaga yang sedikit jika dibandingkan dengan berperang. Pada zaman Rasullullah s.a.w, umat ketika itu berperang dengan berjalan kaki (infantry) tanpa bantuan meriam artillery dan payung terjun untuk memudahkan mereka bergerak ke medan perang. Cuma orang berkepentingan seperti Rasullullah s.a.w dan para panglima menunggang kuda dan unta. Berapa banyak tenaga perlukan untuk berperang di bulan Ramadhan? Wallahualam..

Tujuan asal riadah adalah untuk menyihatkan badan. Bagi mereka yang ingin membuat 'modifikasi' terhadap badan mereka, bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik. Selalu kedengaran pabila menjelang Ramadhan, ramai yang tersenyum sambil berkata "Seluar I dah loose la.. Berat badan I dah turun kot.." Huhu.. Pasti kalian tersenyum sipu selepas membaca statement tersebut. Benar.. Ramai yang mengambil peluang bulan Ramadhan untuk menurunkan berat badan. Tetapi pada 1 Syawal, ramai yang mengeluh sambil berkata "Ish.. Hari tu I ukur muat.. Siap ukur lebih lagi.. Ni dah tak muat pulak.." Subhanallah.. Baru 1 Syawal berat badan dan kembali bertambah, apakan yang akan terjadi menjelang Ramadhan akan datang? Lu pikir la sendiri.. (Nabil Raja Lawak Musim ke-2) Macam-macam perangai masyarakat kita ini. Seperti yang aku perkatakan 'modifikasi' memberi 2 maksud iaitu bertambah atau berkurang berat badan. Sepatutnya jika kalian menjaga pemakanan dan beriadah seperti di bulan Ramadhan, insyaAllah kalian akan dapat bentuk badan yang kalian inginkan.

Punca malas beriadah di bulan Ramadhan adalah mentaliti individu sendiri. Mereka lebih suka memberatkan punggung ke katil dan kerusi dengan melakukan aktiviti yang kurang bermanfaat. Saya fikir kalian faham maksudku. Aduhai.. Maksudnya tidur dan mengadap televisyen serta komputer. Itu pun tidak faham. Apakah yang dilakukan untuk menggalakkan kita untuk beriadah di bulan Ramadhan. Jawapanku adalah dekati rakan-rakan yang aktif beriadah. Mereka dengan secara tidak lansung akan menggalakkan kalian untuk beriadah tidak kira waktu dan tempat. Tetapi jika diajaknya kalian beriadah di dalam swimming pool, tampar beberapa kali muka mereka supaya mereka sedar yang mereka berada di bulan Ramadhan. Seterusnya ialah memperbanyakkan langkah kalian. Cuba meletakkan kereta kalian pada jarak yang agak jauh dari destinasi kalian dan menggunakan tangga menggantikan lif ataupun pusing bazaar Ramadhan beberapa kali sebelum membeli juadah yang kalian ingin beli. InsyaAllah kalian akan berasa sihat dengan aktiviti berjalan kaki tersebut. Dan terakhir adalah kerap mengemas sekitar rumah kalian terutamanya laman, tandas dan stor. Kebersihan rumah kalian terjamin serta menyihatkan tubuh badan lain. Jikalau terlebih rajin, buat renovation sekali rumah kalian. Tetapi pastikan kalian mendapat khidmat nasihat daripada arkitek bertauliah. Tidak tentu pasal mengubahsuai rumah tanpa mengikut spesifikasi yang betul boleh menyebabkan kalian didenda. Harap maklum. Huhu..

Itu sahaja yang aku dapat kongsi bersama kalian. Marilah kita beriadah bersama-sama di bulan yang penuh baraqah ini untuk menjaga kesihatan kita bersama. Yang baik itu daripada Allah s.w.t dan yang buruk serta salah itu adalah kesalahan saya sebagai manusia.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku memohon agar ENGKAU kurniakan kami kekuatan kepada kami di bulan Ramadhan ini..
Supaya kami dapat beramal soleh kepada-Mu dan menahan kemungkaran kepada-Mu..
Amin..

Monday, August 31, 2009

Amal Ma'ruf Nahi Mungkar..

Al-kisah awal pagi semalam (ambang merdeka), aku menyertai Skuad Amal Ma'ruf Nahi Mungkar Surau Baitul Rahman (surau dekat rumah aku) yang bekerjasama dengan Masjid Al-Munawwarah Sek.27 (ala masjid yang kecoh pada masa lalu). Operasi kali ini adalah untuk.. Jeng jejeng.. Aku rasa kalian pun tahu. Kepada mereka yang tidak tahu, ia merupakan operasi membenteras masalah gejala sosial di ambang merdeka tahun ini. Aku terdetik untuk menyertainya pabila imam surau tersebut membuat pengumuman selepas solat sunat terawih. Selepas terawih aku keluar, aku ternampak 'otai' basketball di area rumahku iaitu uncle Fimmy (nama panggilannya) memanggilku lalu bertanya kepadaku "Muiz, hang nak join tak?" Dengan pantas aku menjawab "Join, nak salin baju kejap." Beliau berkata kepadaku "Okay, aku pun nak join. Jumpa kat sini balik kot 11.30" Dengan pantas aku balik sebentar untuk 'bertukar' (lebih kurang macam Masked Rider). Kamen Rider.. Kamen Rider.. Rider.. Rider.. (lagu tema Masked Rider berselendang 'oldschool' yang terdapat ekzos 6 pada motornya.)


Sekembalinya aku di surau tersebut, aku lihat beberapa orang sudah menunggu. Aku berjumpa mereka lalu bersalaman dengan mereka. Kemudian bersuara salah seorang daripada mereka "Wah.. Ada anak muda.. Bagus-bagus.." Aku tersipu-sipu dibuatnya dengan statement tersebut.
Kemudian uncle Fimmy pun telah tiba. Kami mengambil vest Squad tersebut dan register nama kami. Sedang aku menulis namaku, aku ter'usha' seorang brother a.k.a ustaz di hadapanku. Aku rasa macam biasa nampak beliau tetepi di mana ya.. Hendak ku tegur, malu kerana ramai orang pada ketika itu. Bisik hatiku "Nanti sampai masjid aku tegur la". Aku pun bergerak ke Masjid Al-Munawwarah dengan menumpang kereta uncle Fimmy bersama-sama 3 orang jemaah lain.

Sampai di masjid, kami diberi taklimat berkenaan operasi tersebut. Kemudian kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 yang bergerak ke Pusat Bandaraya Shah Alam dan Kumpulan 2 yang bergerak ke Selatan Shah Alam dan Putra Heights. Aku memilih ke Pusat Bandar kerana di sana Merdeka dirai dengan lebih gah. Sebelum aku bergerak aku menegur ustaz tersebut "Ustaz, Ustaz mengajar kat UiTM eh?" Beliau menjawab "Laa.. Patut la macam biasa sahaja tengok awak ni.. Saya ajar awak hari apa?" Aku menjawab "Hari Jumaat pagi kat fakulti OM kampus Puncak Alam" Lalu tugas memisahkan perbualan kami kerana ustaz ditugaskan ke Selatan Shah Alam dan Putra Heights. Uncle Fimmy pun memilih untuk menyertai Kumpulan 2. Nak kerja senang katanya. ZZZZ.. Aku pun menyertai geng-geng junior sekolahku dahulu. Mereka masih mengingatiku kerana keaktifanku dalam Kor Kadet Polis sekolah tersebut (aku menyandang portfolio Pegawai Formasi dan Koreografi).

Setelah sampai ke Dataran Shah Alam, aku lihat ramai orang sedang lepak-lepak tanpa menghayati erti kemerdekaan. Pabila kami melalui kawasan tersebut, mereka semua pandang slack. Adakan mereka cuak ataupun tunjuk lagak, wallahualam.. Kami pun parking kereta dan menunggu ahli yang lain. Setelah semua ahli tiba, kami dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk memantau sesebuah kawasan. Kami ditugaskan untuk cover Tasik Shah Alam. Perg.. Besar betul kawasan untuk dipantau. Aku bersama-sama 4 orang lagi mulakan ekspedisi kami. Semua kawasan telah kami pantau. Bawah jambatan, celah batu, port gelap semua kami selongkar tapi tiada hasil. Bergurau aku kepada mereka "Kita bawak umpan kecik kot." Mereka semua gelak tersipu-sipu.

Setelah selesai membuat pemantauan, kami pun diarah untuk pulang ke masjid. Sedang kami hendak keluar dari kawansan tersebut, keliahan taffic jam di hadapan kami. Polis buat roadblock. Pandai betul mereka buat strategi. Kami pun tunggu sebentar. Lalu datang seorang anggota polis bertanya kepada kami "Dah nak balik ke? Lalu belakang la. Tunjuk pas tu kang diorang bagi lepas." Dengar statement polis tersebut, bergegas kami menuju ke kereta memandangkan jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Setiba kami di roadblock sebelah belakang, kami tunjuk pas operasi kami dan mereka benarkan kami lalu. Terima kasih kepada mereka. Tabik spring..

Setelah tiba di masjid, kami dijamu dengan nasi lemak dan bihun goreng beserta kopi 'o panas. Terima kasih kepada AJK operasi tersebut. Sedang kami makan, mereka berkata-kata berkenaan 3 pasangan yang dicekup. Mereka berkata "Diorang cuma semi-extreme je, belum extreme lagi" Kami tergelak tersipu-sipu. Setelah selesai, aku bersama-sama junior sekolahku menyertai sesi motivasi dari belakang untuk muhasabah diri kami. Setelah selesai sesi tersebut, kami pun pulang ke rumah masing-masing.

Perg.. Intro terpanjangku buat masa sekarang. Agak detail juga cerita kali ini. Baru hendak masuk topik asal entry kali ini iaitu amal ma'ruf nahi mungkar. Aku ingin mulakan entry kali ini dengan firman Allah s.w.t yang menyatakan berkenaan kewajipan amal ma'ruf nahi mungkar:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”– (Surah Ali Imran, ayat 110)

Tidak dapat dinafikan pentingnya amal ma'ruf nahi mungkar. Tetapi bagi sesetengah pihak memandang remeh hal ini. Mereka meletakkan tanggungjawab ini kepada para pendidik (guru) dan ilmuan Islam (Ustaz dan Uztazah) padahal amal ma'ruf nahi mungkar sepatutnya bermula dari rumah. Maaf jika aku berkata sebegini tetapi orang yang aku persalahkan mengenai masalah sosial remaja kini ialah ibubapa yang tidak mengambil berat kehidupan anak-anak mereka. Anak-anak mereka terumbang-ambing tanpa bimbingan dan kasih sayang secukupnya daripada mereka. Sudah pasti anak-anak tersebut akan menumpang dan menagih kasih sayang mereka kepada orang yang selalu mendampingi mereka iaitu rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya cukup kuat. Ia mampu mengubah perspektif seseorang dalam masa yang singkat samada baik atau buruk (kebiasaannya buruk). Sudah pasti jawapan pabila kita bertanya kepada mereka tentang punca penglibatan mereka dalam gejala sosial adalah "rakan-rakan sebab ibu bapa tidak ambil peduli". Pernahkah kalian berkawan dengan seseorang yang ibubapanya terlalu strict berkenaan hal ehwal keluar rumah dan curfew serta grounded dari keluar? Ibubapa mereka bagus kerana mengambil berat tentang keselamatan dan pergaulan mereka tetapi kawalan yang keterlaluan mampu menjadikan anak-anak tersebut memberontak dan melakukan perkara yang di luar pengetahuan dan kewarasan seorang bergelar insan.

Bertuah bagi sesebuah komuniti yang mempunyai gerakan amal ma'ruf nahi mungkar kerana ia dapat memudahkan dakwah serta mencegah kemungkaran seperti gejala sosial dan maksiat di kawasan tersebut. Secara tidak lansung, masyarakat di kawasan tersebut boleh hidup harmoni dan melahirkan semangat kekitaan di kalangan mereka. Tali silaturrahim dan ukhwah terjalin dan dipererat dengan adanya aktiviti sebegini.

Kerajaan juga perlu memainkan peranan mereka dalam gejala sosial dan maksiat. Aktiviti seperti Ops Masih Ada Yang Sayang perlu diperbanyakkan dan perhebatkan lagi untuk mencegah kemungkaran dan menggalakkan rakyatnya melakukan suruhan Allah s.w.t. Bagiku, penyatuan bangsa belum tentu dapat mengurangkan gejala sosial dan kemungkaran. Kalau diikutkan, bangsa-bangsa lain kebanyakkannya bersikap racist dan mementingkan diri sendiri. Maaf jika ada yang terasa kerana ini menurut pengalamanku. Mereka bukannya suka hidup bermasyarakat terutamanya mereka yang masih muda.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku berlindung kepada-Mu dari bisikan Syaitan yang menyesatkan..
Aku berlindung kepada-Mu dari nafsuku yang melalaikan..
Aku berlindung kepada-Mu dari maksiat yang mampu menggugat imanku..
Aku berlindung kepada-Mu dari kezaliman pemerintah ataupun rakyatnya..
Semoga demikian aku dapat beramal soleh kepada-Mu dengan istiqamah..
Amin..

"Magical Template" designed by Blogger Buster