Sunday, August 23, 2009

Kewajipan Mempelajari Seni Mempertahankan Diri..

Sering sahabat-sahabatku bertanya kepadaku dengan soalan seperti berikut:


  1. Wei Muiz, kenapa kau semangat sangat dengan silat haa?? Kau bukannya kaki gaduh..

  2. Ala Muiz kalau kita tak cari gaduh, selamat la kita kan??

  3. Polis kan ada. Kau sebuk-sebuk belajar silat buat apa??

Pening aku memikirkan soalan tersebut.. Hai kalian.. Mesti kalian akan mula kertawa kecil pabila membaca topik kali ini. Aku ingin mengupas satu per satu apa yang terlintas di fikiranku. Jikalau ada penambahan, akanku tambah di entry akan datang.

Aku ingin memulakan dengan definisi seni mempertahankan diri. Seni mempertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata (wikipedia.com). Di antara jenis-jenis seni mempertahankan diri yang popular adalah seperti:

  1. Silat
  2. Taekwondo
  3. Judo
  4. Karate
  5. Wushu
  6. Kendo
  7. Aikido
  8. Kalaripayat
  9. Silambam
  10. Kungfu
  11. Tomoi
  12. Capoeira
Tetapi aku hanya ingin ketengahkan topik SILAT. Silat terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. Seni Silat

    Unsur teknik beladiri yang menangkis, menyerang dan mengunci musuh yang bertujuan tidak baik dan mendatangkan mudarat.

  2. Silat Seni

    Gerakan langkah indah yang disertakan gerakan berunsur komedi sebagai medium hiburan.
(Jikalau aku tersilap tulis, aku minta maaf dan sila tegur)

Silat yang aku pelajari kini adalan SILAT CEKAK. Aku bergerak di dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) kelas latihan UiTM Puncak Alam. Aku tidak ingin bercerita panjang berkenaan PSSCM dengan lebih mendalam kerana siapalah aku untuk bercerita tentang warisan yang tinggi nilainya ini. Untuk maklumat dan infomasi yang lebih tepat dan terperinci, sila layari www.silatcekak.org.

Kini baru aku masuk kepada topic asal entry kali ini, kewajipan mempelajari seni mempertahankan diri dari perspektif Islam. Bismillah.. Baiklah.. Kruk kruk.. (meletupkan jari jemari). Okay, aku mengupload beberapa gambar dan keratan akhbar bagi menjawab beberapa persoalan rakan-rakanku tersebut:




Haa.. Baru celik mata kalian kan.. Apa yang kalian lihat adalah mangsa-mangsa yang bukan kaki gaduh, bukan suka cari pasal dan tiada polis di sisi mereka 24/7. Terjawab semua persoalan kalian? Huhu.. Entry kali ini khas untuk kalian yang selalu mengambil remeh tentang kehidupan di luar sana yang boleh dikira 'tidak selamat' kerana penyangak di negara kita semakin bertambah.

Pernahkah kalian terfikir suatu hari kalian sedang menunggu bas tiba-tiba datang sebuah van melulu ke arah kalian. Lalu keluar dari van tersebut 3 lelaki yang menyerbu dan merentap kalian masuk ke dalam van tersebut dan orang disekeliling kita tidak berbuat apa-apa. Apa yang akan dilakukan ke atas kalian tidak perlu dibincangkanlah. Kalian sendiri tahu apa jawapannya. Kalian ingat orang di sekitar kalian akan membantu kalian? Mereka juga penakut dan mementingkan diri sendiri. Benar.. Ianya pernah terjadi dan ia mungkin akan terjadi kepada kalian. Aku bukan mendoakan kecelakaan dan bala kepada kalian, cuba mengingatkan kalian. Itu sahaja. Pepatah mengatakan 'Mencegah lebih baik daripada mengubati'. Apa yang ingin diubati jika kalian dirogol? Kehilangan 'mahkota' di atas kecuaian dan kelalaian kalian. Hendak salahkan siapa? Salahkan diri sendirilah hendaknya.

Jadi apa yang kalian perlu lakukan untuk mencegah semua ini berlaku? Jawapannya adalah belajar seni mempertahankan diri. Mengapakah kita perlu mempertahankan diri? Kerana itu kita memegang amanah Allah s.w.t kepada kita iaitu jasad dan roh. Ibu bapa kita bersusah payah membesarkan kita. Sampai masa untuk kita dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah mereka berikan, senang-senang sahaja kita abaikan. Cuba bayangkan di akhirat kelak Allah s.w.t bertanya kepada kita dengan soalan "Mengapa kamu membiarkan amanah yang AKU berikan kepada kamu tanpa mempertahankannya?" Haa.. Lu pikir la sendiri.. (Nabil Raja Lawak Musim Ke-2). Firman Allah s.w.t berkenaan kewajipan mempertahankan diri yang bermaksud:

"Dan sediakanlah apa jua jenis kekuatan yang kamu dapat sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia, kamu menggentarkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu dan musuh-musuh lain juga yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya
"

Jadi, seni mempertahankan diri apakah yang sesuai yang untuk dipraktikkan? Jawapanku adalah seni mempertahankan diri warisan kita iaitu silat. Mengapa perlu kita beramal dan membanggakan budaya orang lain sedangkan kita ada budaya kita yang cukup bagus dan sesuai untuk agama Islam. Kita tidak tahu hala tuju seni mempertahankan diri bangsa lain. Adakah terdapat amalan dan gerak geri mereka yang cenderung kepada agama dan penyembahan mereka? Wallahualam.. Sebenarnya aku kurang gemar pada seni mempertahankan diri yang menggunakan kaki. Agak biadap dan tidak sesuai untuk budaya bangsa kita yang penuh dengan kesopanan dan adab. Jika perempuan yang sedang berbaju kurang, mereka perlu mengangkat kain supaya dapat mempraktikkan ilmu tersebut. Orang disekitarnya pula menjadi penonton. Free show katanya. Hai.. Cuba bayangkan budak perempuan itu anak kalian. Tidakkah itu mengaibkan kalian? Betul mulut masyarakat kita memang tidak dapat ditutup. Jadi janganlah mengadakan topik sebegitu yang mampu menjadi buah mulut mereka.

Konklusinya, kita perlu menyiapkan diri kita sebelum kita diuji oleh Allah s.w.t. Seperti entryku yang lepas yang menceritakan ujian Allah s.w.t sebagai penghapus dosa dan tanda kasih sayang Allah s.w.t kepada kita. Jagalah amanah Allah s.w.t dan ibu bapa kita selagi mampu dan selebihnya kita bertawakal dan berserah kepada-NYA. Tetapi ingat, jika kita tidak berusaha, masakan Allah s.w.t ingin membantu kita.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku berlindung kepada-Mu dari segala bencana dan malapetaka..
Aku pohon kepada-Mu agak dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk memikul amanah-Mu..
Semoga demikian aku menjadi hamba-Mu yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan..
Amin..

0 comments:

"Magical Template" designed by Blogger Buster