Monday, August 31, 2009

Amal Ma'ruf Nahi Mungkar..

Al-kisah awal pagi semalam (ambang merdeka), aku menyertai Skuad Amal Ma'ruf Nahi Mungkar Surau Baitul Rahman (surau dekat rumah aku) yang bekerjasama dengan Masjid Al-Munawwarah Sek.27 (ala masjid yang kecoh pada masa lalu). Operasi kali ini adalah untuk.. Jeng jejeng.. Aku rasa kalian pun tahu. Kepada mereka yang tidak tahu, ia merupakan operasi membenteras masalah gejala sosial di ambang merdeka tahun ini. Aku terdetik untuk menyertainya pabila imam surau tersebut membuat pengumuman selepas solat sunat terawih. Selepas terawih aku keluar, aku ternampak 'otai' basketball di area rumahku iaitu uncle Fimmy (nama panggilannya) memanggilku lalu bertanya kepadaku "Muiz, hang nak join tak?" Dengan pantas aku menjawab "Join, nak salin baju kejap." Beliau berkata kepadaku "Okay, aku pun nak join. Jumpa kat sini balik kot 11.30" Dengan pantas aku balik sebentar untuk 'bertukar' (lebih kurang macam Masked Rider). Kamen Rider.. Kamen Rider.. Rider.. Rider.. (lagu tema Masked Rider berselendang 'oldschool' yang terdapat ekzos 6 pada motornya.)


Sekembalinya aku di surau tersebut, aku lihat beberapa orang sudah menunggu. Aku berjumpa mereka lalu bersalaman dengan mereka. Kemudian bersuara salah seorang daripada mereka "Wah.. Ada anak muda.. Bagus-bagus.." Aku tersipu-sipu dibuatnya dengan statement tersebut.
Kemudian uncle Fimmy pun telah tiba. Kami mengambil vest Squad tersebut dan register nama kami. Sedang aku menulis namaku, aku ter'usha' seorang brother a.k.a ustaz di hadapanku. Aku rasa macam biasa nampak beliau tetepi di mana ya.. Hendak ku tegur, malu kerana ramai orang pada ketika itu. Bisik hatiku "Nanti sampai masjid aku tegur la". Aku pun bergerak ke Masjid Al-Munawwarah dengan menumpang kereta uncle Fimmy bersama-sama 3 orang jemaah lain.

Sampai di masjid, kami diberi taklimat berkenaan operasi tersebut. Kemudian kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 yang bergerak ke Pusat Bandaraya Shah Alam dan Kumpulan 2 yang bergerak ke Selatan Shah Alam dan Putra Heights. Aku memilih ke Pusat Bandar kerana di sana Merdeka dirai dengan lebih gah. Sebelum aku bergerak aku menegur ustaz tersebut "Ustaz, Ustaz mengajar kat UiTM eh?" Beliau menjawab "Laa.. Patut la macam biasa sahaja tengok awak ni.. Saya ajar awak hari apa?" Aku menjawab "Hari Jumaat pagi kat fakulti OM kampus Puncak Alam" Lalu tugas memisahkan perbualan kami kerana ustaz ditugaskan ke Selatan Shah Alam dan Putra Heights. Uncle Fimmy pun memilih untuk menyertai Kumpulan 2. Nak kerja senang katanya. ZZZZ.. Aku pun menyertai geng-geng junior sekolahku dahulu. Mereka masih mengingatiku kerana keaktifanku dalam Kor Kadet Polis sekolah tersebut (aku menyandang portfolio Pegawai Formasi dan Koreografi).

Setelah sampai ke Dataran Shah Alam, aku lihat ramai orang sedang lepak-lepak tanpa menghayati erti kemerdekaan. Pabila kami melalui kawasan tersebut, mereka semua pandang slack. Adakan mereka cuak ataupun tunjuk lagak, wallahualam.. Kami pun parking kereta dan menunggu ahli yang lain. Setelah semua ahli tiba, kami dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk memantau sesebuah kawasan. Kami ditugaskan untuk cover Tasik Shah Alam. Perg.. Besar betul kawasan untuk dipantau. Aku bersama-sama 4 orang lagi mulakan ekspedisi kami. Semua kawasan telah kami pantau. Bawah jambatan, celah batu, port gelap semua kami selongkar tapi tiada hasil. Bergurau aku kepada mereka "Kita bawak umpan kecik kot." Mereka semua gelak tersipu-sipu.

Setelah selesai membuat pemantauan, kami pun diarah untuk pulang ke masjid. Sedang kami hendak keluar dari kawansan tersebut, keliahan taffic jam di hadapan kami. Polis buat roadblock. Pandai betul mereka buat strategi. Kami pun tunggu sebentar. Lalu datang seorang anggota polis bertanya kepada kami "Dah nak balik ke? Lalu belakang la. Tunjuk pas tu kang diorang bagi lepas." Dengar statement polis tersebut, bergegas kami menuju ke kereta memandangkan jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Setiba kami di roadblock sebelah belakang, kami tunjuk pas operasi kami dan mereka benarkan kami lalu. Terima kasih kepada mereka. Tabik spring..

Setelah tiba di masjid, kami dijamu dengan nasi lemak dan bihun goreng beserta kopi 'o panas. Terima kasih kepada AJK operasi tersebut. Sedang kami makan, mereka berkata-kata berkenaan 3 pasangan yang dicekup. Mereka berkata "Diorang cuma semi-extreme je, belum extreme lagi" Kami tergelak tersipu-sipu. Setelah selesai, aku bersama-sama junior sekolahku menyertai sesi motivasi dari belakang untuk muhasabah diri kami. Setelah selesai sesi tersebut, kami pun pulang ke rumah masing-masing.

Perg.. Intro terpanjangku buat masa sekarang. Agak detail juga cerita kali ini. Baru hendak masuk topik asal entry kali ini iaitu amal ma'ruf nahi mungkar. Aku ingin mulakan entry kali ini dengan firman Allah s.w.t yang menyatakan berkenaan kewajipan amal ma'ruf nahi mungkar:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”– (Surah Ali Imran, ayat 110)

Tidak dapat dinafikan pentingnya amal ma'ruf nahi mungkar. Tetapi bagi sesetengah pihak memandang remeh hal ini. Mereka meletakkan tanggungjawab ini kepada para pendidik (guru) dan ilmuan Islam (Ustaz dan Uztazah) padahal amal ma'ruf nahi mungkar sepatutnya bermula dari rumah. Maaf jika aku berkata sebegini tetapi orang yang aku persalahkan mengenai masalah sosial remaja kini ialah ibubapa yang tidak mengambil berat kehidupan anak-anak mereka. Anak-anak mereka terumbang-ambing tanpa bimbingan dan kasih sayang secukupnya daripada mereka. Sudah pasti anak-anak tersebut akan menumpang dan menagih kasih sayang mereka kepada orang yang selalu mendampingi mereka iaitu rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya cukup kuat. Ia mampu mengubah perspektif seseorang dalam masa yang singkat samada baik atau buruk (kebiasaannya buruk). Sudah pasti jawapan pabila kita bertanya kepada mereka tentang punca penglibatan mereka dalam gejala sosial adalah "rakan-rakan sebab ibu bapa tidak ambil peduli". Pernahkah kalian berkawan dengan seseorang yang ibubapanya terlalu strict berkenaan hal ehwal keluar rumah dan curfew serta grounded dari keluar? Ibubapa mereka bagus kerana mengambil berat tentang keselamatan dan pergaulan mereka tetapi kawalan yang keterlaluan mampu menjadikan anak-anak tersebut memberontak dan melakukan perkara yang di luar pengetahuan dan kewarasan seorang bergelar insan.

Bertuah bagi sesebuah komuniti yang mempunyai gerakan amal ma'ruf nahi mungkar kerana ia dapat memudahkan dakwah serta mencegah kemungkaran seperti gejala sosial dan maksiat di kawasan tersebut. Secara tidak lansung, masyarakat di kawasan tersebut boleh hidup harmoni dan melahirkan semangat kekitaan di kalangan mereka. Tali silaturrahim dan ukhwah terjalin dan dipererat dengan adanya aktiviti sebegini.

Kerajaan juga perlu memainkan peranan mereka dalam gejala sosial dan maksiat. Aktiviti seperti Ops Masih Ada Yang Sayang perlu diperbanyakkan dan perhebatkan lagi untuk mencegah kemungkaran dan menggalakkan rakyatnya melakukan suruhan Allah s.w.t. Bagiku, penyatuan bangsa belum tentu dapat mengurangkan gejala sosial dan kemungkaran. Kalau diikutkan, bangsa-bangsa lain kebanyakkannya bersikap racist dan mementingkan diri sendiri. Maaf jika ada yang terasa kerana ini menurut pengalamanku. Mereka bukannya suka hidup bermasyarakat terutamanya mereka yang masih muda.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku berlindung kepada-Mu dari bisikan Syaitan yang menyesatkan..
Aku berlindung kepada-Mu dari nafsuku yang melalaikan..
Aku berlindung kepada-Mu dari maksiat yang mampu menggugat imanku..
Aku berlindung kepada-Mu dari kezaliman pemerintah ataupun rakyatnya..
Semoga demikian aku dapat beramal soleh kepada-Mu dengan istiqamah..
Amin..

0 comments:

"Magical Template" designed by Blogger Buster