Monday, August 31, 2009

Amal Ma'ruf Nahi Mungkar..

Al-kisah awal pagi semalam (ambang merdeka), aku menyertai Skuad Amal Ma'ruf Nahi Mungkar Surau Baitul Rahman (surau dekat rumah aku) yang bekerjasama dengan Masjid Al-Munawwarah Sek.27 (ala masjid yang kecoh pada masa lalu). Operasi kali ini adalah untuk.. Jeng jejeng.. Aku rasa kalian pun tahu. Kepada mereka yang tidak tahu, ia merupakan operasi membenteras masalah gejala sosial di ambang merdeka tahun ini. Aku terdetik untuk menyertainya pabila imam surau tersebut membuat pengumuman selepas solat sunat terawih. Selepas terawih aku keluar, aku ternampak 'otai' basketball di area rumahku iaitu uncle Fimmy (nama panggilannya) memanggilku lalu bertanya kepadaku "Muiz, hang nak join tak?" Dengan pantas aku menjawab "Join, nak salin baju kejap." Beliau berkata kepadaku "Okay, aku pun nak join. Jumpa kat sini balik kot 11.30" Dengan pantas aku balik sebentar untuk 'bertukar' (lebih kurang macam Masked Rider). Kamen Rider.. Kamen Rider.. Rider.. Rider.. (lagu tema Masked Rider berselendang 'oldschool' yang terdapat ekzos 6 pada motornya.)


Sekembalinya aku di surau tersebut, aku lihat beberapa orang sudah menunggu. Aku berjumpa mereka lalu bersalaman dengan mereka. Kemudian bersuara salah seorang daripada mereka "Wah.. Ada anak muda.. Bagus-bagus.." Aku tersipu-sipu dibuatnya dengan statement tersebut.
Kemudian uncle Fimmy pun telah tiba. Kami mengambil vest Squad tersebut dan register nama kami. Sedang aku menulis namaku, aku ter'usha' seorang brother a.k.a ustaz di hadapanku. Aku rasa macam biasa nampak beliau tetepi di mana ya.. Hendak ku tegur, malu kerana ramai orang pada ketika itu. Bisik hatiku "Nanti sampai masjid aku tegur la". Aku pun bergerak ke Masjid Al-Munawwarah dengan menumpang kereta uncle Fimmy bersama-sama 3 orang jemaah lain.

Sampai di masjid, kami diberi taklimat berkenaan operasi tersebut. Kemudian kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 yang bergerak ke Pusat Bandaraya Shah Alam dan Kumpulan 2 yang bergerak ke Selatan Shah Alam dan Putra Heights. Aku memilih ke Pusat Bandar kerana di sana Merdeka dirai dengan lebih gah. Sebelum aku bergerak aku menegur ustaz tersebut "Ustaz, Ustaz mengajar kat UiTM eh?" Beliau menjawab "Laa.. Patut la macam biasa sahaja tengok awak ni.. Saya ajar awak hari apa?" Aku menjawab "Hari Jumaat pagi kat fakulti OM kampus Puncak Alam" Lalu tugas memisahkan perbualan kami kerana ustaz ditugaskan ke Selatan Shah Alam dan Putra Heights. Uncle Fimmy pun memilih untuk menyertai Kumpulan 2. Nak kerja senang katanya. ZZZZ.. Aku pun menyertai geng-geng junior sekolahku dahulu. Mereka masih mengingatiku kerana keaktifanku dalam Kor Kadet Polis sekolah tersebut (aku menyandang portfolio Pegawai Formasi dan Koreografi).

Setelah sampai ke Dataran Shah Alam, aku lihat ramai orang sedang lepak-lepak tanpa menghayati erti kemerdekaan. Pabila kami melalui kawasan tersebut, mereka semua pandang slack. Adakan mereka cuak ataupun tunjuk lagak, wallahualam.. Kami pun parking kereta dan menunggu ahli yang lain. Setelah semua ahli tiba, kami dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk memantau sesebuah kawasan. Kami ditugaskan untuk cover Tasik Shah Alam. Perg.. Besar betul kawasan untuk dipantau. Aku bersama-sama 4 orang lagi mulakan ekspedisi kami. Semua kawasan telah kami pantau. Bawah jambatan, celah batu, port gelap semua kami selongkar tapi tiada hasil. Bergurau aku kepada mereka "Kita bawak umpan kecik kot." Mereka semua gelak tersipu-sipu.

Setelah selesai membuat pemantauan, kami pun diarah untuk pulang ke masjid. Sedang kami hendak keluar dari kawansan tersebut, keliahan taffic jam di hadapan kami. Polis buat roadblock. Pandai betul mereka buat strategi. Kami pun tunggu sebentar. Lalu datang seorang anggota polis bertanya kepada kami "Dah nak balik ke? Lalu belakang la. Tunjuk pas tu kang diorang bagi lepas." Dengar statement polis tersebut, bergegas kami menuju ke kereta memandangkan jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Setiba kami di roadblock sebelah belakang, kami tunjuk pas operasi kami dan mereka benarkan kami lalu. Terima kasih kepada mereka. Tabik spring..

Setelah tiba di masjid, kami dijamu dengan nasi lemak dan bihun goreng beserta kopi 'o panas. Terima kasih kepada AJK operasi tersebut. Sedang kami makan, mereka berkata-kata berkenaan 3 pasangan yang dicekup. Mereka berkata "Diorang cuma semi-extreme je, belum extreme lagi" Kami tergelak tersipu-sipu. Setelah selesai, aku bersama-sama junior sekolahku menyertai sesi motivasi dari belakang untuk muhasabah diri kami. Setelah selesai sesi tersebut, kami pun pulang ke rumah masing-masing.

Perg.. Intro terpanjangku buat masa sekarang. Agak detail juga cerita kali ini. Baru hendak masuk topik asal entry kali ini iaitu amal ma'ruf nahi mungkar. Aku ingin mulakan entry kali ini dengan firman Allah s.w.t yang menyatakan berkenaan kewajipan amal ma'ruf nahi mungkar:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”– (Surah Ali Imran, ayat 110)

Tidak dapat dinafikan pentingnya amal ma'ruf nahi mungkar. Tetapi bagi sesetengah pihak memandang remeh hal ini. Mereka meletakkan tanggungjawab ini kepada para pendidik (guru) dan ilmuan Islam (Ustaz dan Uztazah) padahal amal ma'ruf nahi mungkar sepatutnya bermula dari rumah. Maaf jika aku berkata sebegini tetapi orang yang aku persalahkan mengenai masalah sosial remaja kini ialah ibubapa yang tidak mengambil berat kehidupan anak-anak mereka. Anak-anak mereka terumbang-ambing tanpa bimbingan dan kasih sayang secukupnya daripada mereka. Sudah pasti anak-anak tersebut akan menumpang dan menagih kasih sayang mereka kepada orang yang selalu mendampingi mereka iaitu rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya cukup kuat. Ia mampu mengubah perspektif seseorang dalam masa yang singkat samada baik atau buruk (kebiasaannya buruk). Sudah pasti jawapan pabila kita bertanya kepada mereka tentang punca penglibatan mereka dalam gejala sosial adalah "rakan-rakan sebab ibu bapa tidak ambil peduli". Pernahkah kalian berkawan dengan seseorang yang ibubapanya terlalu strict berkenaan hal ehwal keluar rumah dan curfew serta grounded dari keluar? Ibubapa mereka bagus kerana mengambil berat tentang keselamatan dan pergaulan mereka tetapi kawalan yang keterlaluan mampu menjadikan anak-anak tersebut memberontak dan melakukan perkara yang di luar pengetahuan dan kewarasan seorang bergelar insan.

Bertuah bagi sesebuah komuniti yang mempunyai gerakan amal ma'ruf nahi mungkar kerana ia dapat memudahkan dakwah serta mencegah kemungkaran seperti gejala sosial dan maksiat di kawasan tersebut. Secara tidak lansung, masyarakat di kawasan tersebut boleh hidup harmoni dan melahirkan semangat kekitaan di kalangan mereka. Tali silaturrahim dan ukhwah terjalin dan dipererat dengan adanya aktiviti sebegini.

Kerajaan juga perlu memainkan peranan mereka dalam gejala sosial dan maksiat. Aktiviti seperti Ops Masih Ada Yang Sayang perlu diperbanyakkan dan perhebatkan lagi untuk mencegah kemungkaran dan menggalakkan rakyatnya melakukan suruhan Allah s.w.t. Bagiku, penyatuan bangsa belum tentu dapat mengurangkan gejala sosial dan kemungkaran. Kalau diikutkan, bangsa-bangsa lain kebanyakkannya bersikap racist dan mementingkan diri sendiri. Maaf jika ada yang terasa kerana ini menurut pengalamanku. Mereka bukannya suka hidup bermasyarakat terutamanya mereka yang masih muda.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku berlindung kepada-Mu dari bisikan Syaitan yang menyesatkan..
Aku berlindung kepada-Mu dari nafsuku yang melalaikan..
Aku berlindung kepada-Mu dari maksiat yang mampu menggugat imanku..
Aku berlindung kepada-Mu dari kezaliman pemerintah ataupun rakyatnya..
Semoga demikian aku dapat beramal soleh kepada-Mu dengan istiqamah..
Amin..

Sunday, August 23, 2009

Kewajipan Mempelajari Seni Mempertahankan Diri..

Sering sahabat-sahabatku bertanya kepadaku dengan soalan seperti berikut:


  1. Wei Muiz, kenapa kau semangat sangat dengan silat haa?? Kau bukannya kaki gaduh..

  2. Ala Muiz kalau kita tak cari gaduh, selamat la kita kan??

  3. Polis kan ada. Kau sebuk-sebuk belajar silat buat apa??

Pening aku memikirkan soalan tersebut.. Hai kalian.. Mesti kalian akan mula kertawa kecil pabila membaca topik kali ini. Aku ingin mengupas satu per satu apa yang terlintas di fikiranku. Jikalau ada penambahan, akanku tambah di entry akan datang.

Aku ingin memulakan dengan definisi seni mempertahankan diri. Seni mempertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata (wikipedia.com). Di antara jenis-jenis seni mempertahankan diri yang popular adalah seperti:

  1. Silat
  2. Taekwondo
  3. Judo
  4. Karate
  5. Wushu
  6. Kendo
  7. Aikido
  8. Kalaripayat
  9. Silambam
  10. Kungfu
  11. Tomoi
  12. Capoeira
Tetapi aku hanya ingin ketengahkan topik SILAT. Silat terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. Seni Silat

    Unsur teknik beladiri yang menangkis, menyerang dan mengunci musuh yang bertujuan tidak baik dan mendatangkan mudarat.

  2. Silat Seni

    Gerakan langkah indah yang disertakan gerakan berunsur komedi sebagai medium hiburan.
(Jikalau aku tersilap tulis, aku minta maaf dan sila tegur)

Silat yang aku pelajari kini adalan SILAT CEKAK. Aku bergerak di dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) kelas latihan UiTM Puncak Alam. Aku tidak ingin bercerita panjang berkenaan PSSCM dengan lebih mendalam kerana siapalah aku untuk bercerita tentang warisan yang tinggi nilainya ini. Untuk maklumat dan infomasi yang lebih tepat dan terperinci, sila layari www.silatcekak.org.

Kini baru aku masuk kepada topic asal entry kali ini, kewajipan mempelajari seni mempertahankan diri dari perspektif Islam. Bismillah.. Baiklah.. Kruk kruk.. (meletupkan jari jemari). Okay, aku mengupload beberapa gambar dan keratan akhbar bagi menjawab beberapa persoalan rakan-rakanku tersebut:




Haa.. Baru celik mata kalian kan.. Apa yang kalian lihat adalah mangsa-mangsa yang bukan kaki gaduh, bukan suka cari pasal dan tiada polis di sisi mereka 24/7. Terjawab semua persoalan kalian? Huhu.. Entry kali ini khas untuk kalian yang selalu mengambil remeh tentang kehidupan di luar sana yang boleh dikira 'tidak selamat' kerana penyangak di negara kita semakin bertambah.

Pernahkah kalian terfikir suatu hari kalian sedang menunggu bas tiba-tiba datang sebuah van melulu ke arah kalian. Lalu keluar dari van tersebut 3 lelaki yang menyerbu dan merentap kalian masuk ke dalam van tersebut dan orang disekeliling kita tidak berbuat apa-apa. Apa yang akan dilakukan ke atas kalian tidak perlu dibincangkanlah. Kalian sendiri tahu apa jawapannya. Kalian ingat orang di sekitar kalian akan membantu kalian? Mereka juga penakut dan mementingkan diri sendiri. Benar.. Ianya pernah terjadi dan ia mungkin akan terjadi kepada kalian. Aku bukan mendoakan kecelakaan dan bala kepada kalian, cuba mengingatkan kalian. Itu sahaja. Pepatah mengatakan 'Mencegah lebih baik daripada mengubati'. Apa yang ingin diubati jika kalian dirogol? Kehilangan 'mahkota' di atas kecuaian dan kelalaian kalian. Hendak salahkan siapa? Salahkan diri sendirilah hendaknya.

Jadi apa yang kalian perlu lakukan untuk mencegah semua ini berlaku? Jawapannya adalah belajar seni mempertahankan diri. Mengapakah kita perlu mempertahankan diri? Kerana itu kita memegang amanah Allah s.w.t kepada kita iaitu jasad dan roh. Ibu bapa kita bersusah payah membesarkan kita. Sampai masa untuk kita dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah mereka berikan, senang-senang sahaja kita abaikan. Cuba bayangkan di akhirat kelak Allah s.w.t bertanya kepada kita dengan soalan "Mengapa kamu membiarkan amanah yang AKU berikan kepada kamu tanpa mempertahankannya?" Haa.. Lu pikir la sendiri.. (Nabil Raja Lawak Musim Ke-2). Firman Allah s.w.t berkenaan kewajipan mempertahankan diri yang bermaksud:

"Dan sediakanlah apa jua jenis kekuatan yang kamu dapat sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia, kamu menggentarkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu dan musuh-musuh lain juga yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya
"

Jadi, seni mempertahankan diri apakah yang sesuai yang untuk dipraktikkan? Jawapanku adalah seni mempertahankan diri warisan kita iaitu silat. Mengapa perlu kita beramal dan membanggakan budaya orang lain sedangkan kita ada budaya kita yang cukup bagus dan sesuai untuk agama Islam. Kita tidak tahu hala tuju seni mempertahankan diri bangsa lain. Adakah terdapat amalan dan gerak geri mereka yang cenderung kepada agama dan penyembahan mereka? Wallahualam.. Sebenarnya aku kurang gemar pada seni mempertahankan diri yang menggunakan kaki. Agak biadap dan tidak sesuai untuk budaya bangsa kita yang penuh dengan kesopanan dan adab. Jika perempuan yang sedang berbaju kurang, mereka perlu mengangkat kain supaya dapat mempraktikkan ilmu tersebut. Orang disekitarnya pula menjadi penonton. Free show katanya. Hai.. Cuba bayangkan budak perempuan itu anak kalian. Tidakkah itu mengaibkan kalian? Betul mulut masyarakat kita memang tidak dapat ditutup. Jadi janganlah mengadakan topik sebegitu yang mampu menjadi buah mulut mereka.

Konklusinya, kita perlu menyiapkan diri kita sebelum kita diuji oleh Allah s.w.t. Seperti entryku yang lepas yang menceritakan ujian Allah s.w.t sebagai penghapus dosa dan tanda kasih sayang Allah s.w.t kepada kita. Jagalah amanah Allah s.w.t dan ibu bapa kita selagi mampu dan selebihnya kita bertawakal dan berserah kepada-NYA. Tetapi ingat, jika kita tidak berusaha, masakan Allah s.w.t ingin membantu kita.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku berlindung kepada-Mu dari segala bencana dan malapetaka..
Aku pohon kepada-Mu agak dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk memikul amanah-Mu..
Semoga demikian aku menjadi hamba-Mu yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan..
Amin..

Wednesday, August 19, 2009

Hantu Hiburan..

Adakah kalian tergolong di dalam golongan yang aku golongkan di bawah ini


Haa.. Tertanya-tanyakah kalian dengan persoalanku itu? Marilah bersama-samaku menyelongkar rahsia disebalik gaya hidup remaja abad ke-21 ini. Sebelum aku membuka langkahku untuk menyelami rahsia tersebut, izinkan aku untuk memohon maaf di atas sebarang penulisanku yang menyingguung perasaan dan naluri kalian.

Kita mulai dengan dengan bother yang rockstar ini. Kini kulihat menjadi-jadi kugiran yang menjerumus ke arah kesesatan. Sebahagian memperjuangkan free thinker dan agama-agama lain serta sebahagian lain menghina agama Islam dan agama-agama lain. Sebagai orang Islam, kita patut mengambil tahu perkembangan dakwah agama lain dan medium yang mereka gunakan. Aku resah melihat perkembangan tersebut kerana melihat anak-anak bangsaku mula mengilai dan mengikuti trend yang dibawa oleh kugiran tersebut tanpa mengetahui tujuan asal kugiran tersebut. Dengan asas agama yang lemah, mereka mudah hanyut dibawa arus dan angin trend tersebut tanpa coast guard yang membantu mereka menunjukkan laluan yang betul. Mereka mungkin selamanya akan sesat atau karam dipukul ombak.

Seterusnya ialah abang rempit yang tengah buat wheelie. Hish.. Ini satu lagi sampah masyarakat. Maaf jika aku berkata begitu tetapi itulah hakikatnya. Berpeleseran setiap hari tanpa tujuan dan perjuangan yang kukuh. Di hati dan fikiran mereka hanyalah hiburan (merempit), berlumba, ber'minah rempit' dan sebagainya. Disamping itu mereka antara punca meningkatnya kadar jenayah di negara ini seperti ragut, peras ugut dan sebagainya. Menurut penganalisis jenayah En. Kamal Affendi "Ada tiga rumah yang sedang menanti kalian yakni rumah besi (penjara), rumah sakit (hospital) dan rumah mayat. Sebahagian yang kulihat pabila melintasiku, sering berlagak seolah-olah aku sehina-hina manusia. Aku pelik. Nak kata mereka menunggang superbike 1000cc tidak juga. Ada juga sebab untuk berlagak dengan aku yang hanya memandu kereta nasional. Paling tinggi pun mereka menggunakan motosikal berkuasa 200cc sahaja. Berlagak tidak bertempat. Hai.. Pelik.. Tapi benar.. Lantak la. Selagi tidak mengganggu gugat aku, aku masih boleh chill.

Seterusnya adalah tarian shuffle. Ianya adalah sejenis tarian yang berasal dari Melbourne, Australia jika aku tidak silap. Tarian ini mempunyai kombinasi gerakan tangan dan kaki yang bersimpang siul (macam chong daun terup). Kebiasaan mereka akan menggunakan seluar gedabak besar yang mempunyai reflector berwarna-warni kerana kebiasaannya mereka menari di kawasan gelap seperti di pub, tepi jalan, tepi longkang dan sebagainya (motif?) bertujuan untuk orang lain dapat melihat gerakan yang bersimpang siul itu dengan lebih jelas dan mengelak daripada dilanggar kenderaan lain yang melalui kawasan tersebut. Pada asalnya tarian ini bertujuan sebagai satu wadah exercise (ala macam ponco-ponco) tetapi kini lebih menjerumus ke arah kemaksiatan dan menggalakkan masalah sosial. Mereka menari dan beronggeng Rokiah (istilah Melayu pasar) berlainan jantina tanpa segan dan silu serta ditambah dengan supplements seperti pil khayal, arak dan dadah. Hasilnya cukup hebat, biasanya adalah anak luar nikah yang dibuang di tong sampah. Ini realiti.. Supplements tersebut antara sumber utama yang cenderung untuk seseorang untuk melakukan maksiat. Jauhi ia.

Last but not least, gamers. Huhu.. Ini antara kejayaan musuh-musuh Islam melalaikan umat Islam dari melakukan ibadah. Aku akui kerana aku pernah mengalaminya.. Macam kena kas-kas ataupun dadah-dadah lain yang mengkhayalkan. Bukan sahaja melalaikan kita daripada beribadah, tetapi mampu mengganggu gugat kehidupan kita seharian. Kita lihat di Amerika Syarikat, kadar obesiti di kalangan remaja adalah membimbangkan. Salah satu puncanya ialah bermain kerap bermain permainan komputer dan mengabaikan aktiviti seharian. Sedangkan orang kafir pun termakan dengan helah yang mereka buat sendiri, apalah lagi kita sebagai pengguna. Kini, kita lihat anak-anak bangsa kita 'berjuang' dalam perjuangan yang tiada matlamat dan sia-sia. Bangga dengan kemahiran masing-masing yang tidak kemana-mana. Itu lagi satu masalah anak-anak bangsa kita ni, benda yang tidak berfaedah dibanggakan tetapi dakwah dan penyebar ilmu digelar losers.

Firman Allah s.w.t berkenaan mengajar dan mengajak insan ke jalan yang benar:

“Serulah manusia kepada jalan tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” - (Surah An-Nahli ayat 125)

Apakan peranan kita jika orang di sekeliling kita melakukan perkara yang telah aku bincangkan di atas? Jawapanku adalah amal ma'ruf nahi mungkar. Penting bagi kita sebagai kenalan kepada mereka yang tersesat itu. Mana mungkin kita boleh biarkan mereka terus sesat. Disoal-NYA Allah s.w.t di akhirat kelak dengan soalan "Mengapakah kalian tidak menegur dan menasihati kawan kalian sedangkan kalian melihat apa yang mereka lakukan." Ah.. Sudah.. Naya dibuatnya. Sedang kita masih berkemampuan, tegurlah mereka supaya kembali ke pangkal jalan. Kepada kalian yang masih 'beramal' dengan perkara-perkara di atas, aku seru tinggalkan amalan-amalan tersebut. Manfaatnya kurang ataupun tiada lansung kepada kalian. Pintu taubat masih terbuka lagi untuk kalian. AKU SAYANG KALIAN. Aku mahu melihat anak-anak bangsaku cemerlang dari segi agama, pembangunan ekonomi, taraf hidup, bermasyarakat dan lain-lain. Itu impianku.. Aku berharap agar kalian menyokongku di dalam perjuangan ini.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAU Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
ENGKAU ampunilah dosa kami kerana leka dan melengah-lengahkan suruhan-Mu..
Kami sedari kesilapan yang telah kami lakukan..
Dan ENGKAU kurniakanlah kepada kami cahaya iman di hati kami..
Semoga demikian kami menjadi hamba-Mu yang beramal soleh kepada-Mu..
Amin..

Tuesday, August 11, 2009

Peningkatan..

Agak lama aku menyepi. Al-maklum aku agak busy dengan Sukan Antara Fakulti (SAF) memandangkan aku manager merangkap captain dan player bola keranjang bagi fakultiku, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP) yang tersayang. Untuk pengetahuan umum, aku bersama-sama pasukanku hampir layak untuk ke suku akhir taktala kami kalah kepada Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dengan 7 mata sahaja. Tetapi pencapaian tersebut adalah yang terbaik buat masa kini berbanding tahun-tahun sebelumnya dan aku berbangga dapat memimpin sepasukan yang serba kekurangan tetapi penuh kesungguhan dan kecekalan sepanjang pertandingan tersebut. Semoga junior-junior akan datang dapat meningkatkan prestasi sukan sekaligus mengharumkan nama fakulti. Amin..

Kali ini aku ingin bercakap tentang PENAMBAHBAIKKAN DAN PENINGKATAN DALAM PELBAGAI ASPEK. Skop kali ini agak besar dan aku akan kecilkannya sepanjang penulisanku, InsyaAllah.. Sama ada kalian sedia maklum atau tidak, penambahbaikkan boleh didefinisikan sebagai berubah daripada kurang bagus kepada yang lebih bagus. Sebagai manusia yang berfikiran waras, kita akan berubah kepada yang lebih baik jika mendapati keadaan yang sedia ada outdated ataupun tidak memenuhi spesifikasi masa kini. Ianya bertujuan untuk memudahkan urusan kita. Sabda Rasullullah s.a.w yang menyentuh berkenaan penambahbaikkan dan meningkatan dalam kehidupan umat Islam seharian yang bermaksud:

“Hari ini hendaklah lebih baik daripada semalam dan esok hendaklah lebih baik daripada hari ini.”

Sebelum aku memulakan penulisanku seperti biasa aku memohon maaf jikalau menyinggung perasaan kalian sepanjang penulisanku ini. Pernahkan kalian tertanya persoalan sebegini:


  1. Kenapalah aku selalu tinggalkan solat fardhu? Padahal 5 kali je sehari dan sekali solat cuba beberapa minit saja.

  2. Kenapalah susah betul nak istiqamah buat amalan sunat ni? Padahal takde la susah sangat.

  3. Kenapalah bila datang Ramadhan sahaja baru aku rajin beribadah?

  4. Kenapalah aku miskin?

  5. Apasal sume orang tanak kawan dengan aku?

  6. Kenapalah hidupku tidak bahagia?

  7. Hish, apesal aku ni pemalas sangat??

Kita mulai dengan aspek Ibadah. Mungkin ada yang terasa. Tidak mengapa. Marilah kita muhasabah diri. Kadang kala kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah s.w.t. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t adalah sangat ringan. Kita cukup bertuah kerana rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w cukup bermurah hati untuk meminta 'diskaun' daripada Allah s.w.t berdasarkan nasihat para-para rasul yang terdahulu. Jika diikutkan pada asalkan kita perlu mengerjakan 50 solat fardhu sehari. Perg.. Tidak perlu bersukan pun tidak mengapa. Kalau seseorang yang sakit sendi pun silap-silap boleh lali sakitnya. Cuba kita fikir-fikirkan, susahkah untuk melakukan ibadah solat 5 waktu sehari semalam? Bagiku mudah jika kita istiqamah dan khusyuk dalam solat. Kemanisan bersolat akan dinikmati oleh individu yang khusyuk dalam solatnya. Macam makan brownies dengan chocolate sause.. Perg.. Meleleh air liur.. Huhu.. Itu sekadar gambaran sahaja. Jangan cakap solat sama macam makan kek pula. Aku sepak kalian karang. Kembali ke topik asal, kita perlu mulakan dengan memantapkan amalan yang wajib seperti solat 5 waktu. Apabila prestasi kalian konsisten dan mantap, kalian cuba menambah solat-solat sunat seperti solat sunat qabliah dan ba'diah, solat sunat dhuha, solat sunat hajat dan sebagainya. Kemudiah kalian serikan dengan ibadah kalian dengan masyarakat seperti solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu dah kuliah di surau dan masjid berdekatan dan sebagainya. InsyaAllah kemantapan kalian untuk beribadah akan meningkat.

Seterusnya ialah dalam aspek Kehidupan Seharian. Gaya hidup seharian memainkan peranan dalam pembetukan masyarakat setempat. Kepincangan masyarakat setempat disebabkan masyarakat itu sendiri. Olah sebab itu, masyarakat itu sendirilah perlu mengubah diri mereka sendiri. Contohnya masyarakat Jepun, mereka cukup terkenal dengan kerajinan bekerja mereka. Ada yang mampu melakukan 5 kerja dalam 1 hari. Bukan mustahil bagi kita untuk menjadi seperti mereka. Penghalangnya cuma penyakit 'M' yakni malas. Penyakit tersebut mampu merosakkan anak bangsa yang kini kian terpesong dari jalan yang lurus lagi benar. Ia mampu mengganggu gugat kebahagian sesebuah keluarga. Anak yang soleh dan solehah mampu membuat dan menambah kebahagiaan keluarga mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam hal ini. Jangan asyik main hulur sahaja duit dan lepaskan anak-anak begitu sahaja. Ingat, anak-anak kalian tagihkan kasih sayang anda. Mereka adalah kurniaan Allah s.w.t kepada kalian. Hargai mereka sebelum terlambat.

Di sini dapat dikonklusikan bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dalam pembangunan ummah. Setiap individu perlulah muhasabah diri dan berusaha untuk meningkatkan kebolehan dalam semua aspek. Jangan asyik dibuai mimpi sambil mengisap 'nenen' di dalam buaian. Sampai bila pun kalian akan lena. Ibu bapa perlulah mengambil bahagian dalam memastikan anak-anak mereka membesar mengikut acuan yang sepatutnya. Janganlah kalian menggunakan acuan 'bahulu' mereka menjadi 'kerepek pisang' pula. Digelakkan oleh masyarakat pula. Kalian juga yang malu. Masyarakat setempat perlulah prihatin terhadap persekitaran mereka. Cukuplah sekadar memantau dari jauh dan menegur secara baik jika ada yang melakukan kesalahan. Tidak perlulah memasang GPS, CCTV, Scout Tower dan sebagainya. Silap-silap kalian digelar 'Guardian of Others Cloth' atau Bahasa Melayunya "Penjaga Kain Orang Lain'. Kerajaan perlulah memastikan rakyatnya membangun seiring dengan perkembangan ekonomi, sosial dan teknologi. Janganlah sampai pelawat dari luar berkata pabila menziarah Malaysia macam 'Back to the Past'. Dah la politik chaos, janganlah sektor lain pun chaos. Aku tidak kesah siapapun memerintah asalkan dapat membahagiakan rakyatnya di dunia dan di akhirat. Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlulah bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam memastikan pembangunan masyarakat maju terlaksana. Jangan asyik lepas tangan dan flaming sahaja.

Itu sahaja yang dapat kukongsi bersama kalian. Semoga dengan penulisanku yang lama terbengkalai ini sedikit sebanyak dapat mengubah mentaliti dan pendirian kalian. Aku memohon maaf kepada kalian yang senantiasa menantikan entyku yang lambat dipostkan ini. Jangan marah haa..

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAULAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Aku memohon agar ENGKAU kurniakan rahmat dan nikmat Islam kepada kami..
Dan janganlah ENGKAU cabut rahmat dan nikmat Islam tersebut setelah ENGKAU berikannya kepada kami
Agar kami dapat meningkatkan ibadah kepada-Mu dengan lebih istiqamah..
ENGKAU rahmatlah hidup kami ini Ya Allah..
Semoga kami menjadi hambamu yang bersyukur..
Amin..

Tuesday, August 4, 2009

Sakit Sebagai Penghapus Dosa..

Semalam entah mengapa tiba-tiba aku sakit kepala. Macam hendak pecah kepalaku. Adakah aku merindui masakan ibuku dirumah? Rasanya tidak. Mungkin kerana kepalaku dinaiki angin kerana kekosongan perutku yang tidak disi. Sedang aku pulang ke apartmentku, aku menahan kesakitan sambil menarik-narik rambutku (kerana tidak tahan sakit tersebut), aku bermonolog di dalam hati "Ya Allah, kenapakah aku diuju sebegini? Berilah sesuatu yang dapatku tanggung." Sambil berjalan aku mengucapkan zikrullah untuk mengalih perhatianku daripada sakit tersebut.

Sampai di apartmentku, aku terus ke bilik rakanku merangkap classmateku lalu bertanya "Fel ada Uphamol aritu tak?" Rakanku menjawab "Ah.. Sudah.. Ko sakit lagi ke? Nah.." Aku mencapai ubat tersebut lalu kutelan dengan bantuan air suam dan kuterus selubungi (menyelimuti) badanku sambil menahan kesakitan tersebut. Sedang aku menggigil, rakan-rakan serumahku semua menziarahiku dan berkata "Dude nak aku panggil doktor ke? Macam serius je." Aku menjawab "Takpela, aku tahan je la." Padahal aku malas berjumpa doktor kerana nanti diberiku pelbagai ubatan yang membuatkan aku 'hi' dan malas untuk melakukan sebarang aktiviti.

Lalu mereka pun keluar dari bilikku sambil berkata sesuatu. Hatiku berkata "Haa.. Ada projek la diaorang ni.." Lalu aku sambung menahan sakitku. Lalu beberapa daripada mereka menemaniku di dalam bilik. Selang beberapa minit, pintu apartmentku diketuk. Lalu rakanku membukakan pintu tersebut. Kelihatan seperti seorang pegawai perubatan dan 2 orang guard datang 'menyerang' apartmentku. Hatiku berkata "Ah.. Sudah.. Kene inject la bon..t aku ni". Aku mulai resah. Lalu berkata pegawai perubatan tersebut memegang badanku untuk merasakan darjah kepanasan badanku sambil menghulurkan termometer ke mulutku. Berkata beliau kepadaku "Badan tak la panas sangat.." Aku menjawab "Sakit kepala aja. Ade painkiller tak encik?" Beliau menjawab "Takda. Kalau tak tahan sangat jom kita pergi hospital. Tapi kau tau je la. Hospital kerajaan macam mana. Pukul 4 pagi karang belum tentu dia rawat kau." Mendengar penyataan beliau aku terus menjawab "Takpa la encik. Saya tahan je la.." Lalu beliau berkata " Karang kalau tak tahan juga, panggil saya balik." Aku menjawab "Ok.. Terima kasih encik. Maaf menyusahkan encik." Beliau menjawab "Sama-sama." Kemudian salah seorang guard tersebut kepada rakanku sambil berkata "Ni nombor dia. Kalau ada apa-apa hal terus call dia. Ala pergi je hospital. Karang dia tunggu kau juga." Aku senyum sebentar lalu sambung menahan sakitku kembali. Kemudian semua rakan-rakanku beredar kecuali roommateku.

Kemudian aku bermonolog di dalam hati " Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku rakan-rakan yang sebegini baik. ENGKAU sahajalah yang mampu membalas segala jasa mereka." Kemudian aku cuba untuk melelapkan mata sambil menahan sakit di kepalaku.

Agak panjang juga intro aku untuk kali ini. Topik kali ini ialah MENGAPA SEGELINTIR MANUSIA MENGELUH DAN BERMURAM DURJA PABILA DIUJI OLEH ALLAH S.W.T. Ini realiti. Sebahagian daripada kita akan berkata macam-macam apabila diuji sedikit oleh Allah s.w.t. Padahal kalian tahu atau tidak, ujian yang kita terima hanyalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan ujian yang diterima oleh para Rasul, para sahabat, para tabi'in, para tabi' tabi'in, para ulama' dan sebagainya. Contohnya kita lihat bagaimana Allah s.w.t menguji kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w dengan tentangan dari kaum baginda semasa dakwah baginda di Mekah. Sedangkan kekasih Allah s.w.t pun diuji sebegitu berat, apalah kita sebagai umat Islam yang imannya sangat kecil berbanding baginda.

Allah s.w.t menguji kita kerana DIA menyayangi kita. Allah s.w.t menguji kita tanda DIA masih mengingati kita. Ujian yang kita terima juga supaya kita mengingati-NYA semula. Itulah lumrah apabila berkasih. Pernah rakanku berkata bahawa girlfriend kepada rakan kami berdua pernah berkata "Aku akan uji boyfriend aku dengan 3 tahap. So far dia lulus dengan cemerlang ujian tahap pertama. So ada 2 tahap lagi and he's mine." Ujian yang Allah s.w.t berikan kita ujian juga sebagai khaifiah dosa yang telah kita lakukan. Cuba kenang-kenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. Astagfirullahalazim.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui. Cuba pula kita fikirkan apabila Allah s.w.t menghukum kita sekaligus dosa kita di akhirat kelak. Nauzubillah.. Tidak terfikir dan tertahan kita dengan azab sebegitu. Contoh ayat di dalam Al-Quran yang memberitahu berkenaan ujian Allah sebahagian daripada menjadikan insan yang beriman:

"Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." -( Surah Al-Ankabut, ayat 1-3)

Persoalan sekarang adalah apakah yang kita perlu lakukan apabila diuji Allah s.w.t? Pendapatku, Pertama kita perlu banyakkan beristigfar. Dengan beristigfar, kita akan lebih mengingati Allah s.w.t. Seterusnya, kita perlu fikirkan dan kenangkan apakah dosa lampau yang telah kita lakukan. Dengan itu kita akan mudah untuk menerima ujian yang diberi oleh Allah s.w.t. Kemudian, kita perlu bertaubat dari dosa-dosa lampau kita. Sedangkan Rasullullah s.a.w yang maksum juga melakukan solat taubat, apatah lagi kita sebagai manusia yang selalu melakukan kesalahan dan dosa. Kemudian, kita perlu bersyukur dengan dugaan yang kita terima. Kita perlu bersyukur dengan ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t kerana DIA masih mengingati kita. Ujian yang diberi kepada kita juga bertujuan untuk memperlihatkan tahap kesyukuran kita terhadap Allah s.w.t.

Itu sedikit sebanyak yang inginku kongsikan bersama kalian. Semoga kita dapat belajar dari kesilapan kita dab berubah menjadi insan yang lebih baik.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAU yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
ENGKAU ampunkanlah dosa kami serta dosa kedua ibubapa kami dan ENGKAU kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil..
ENGKAU ujilah kami dengan ujian yang dapat kami tertanggung..
Kami mengerti ujian yang ENGKAU berikan hanyalah untuk memperingatkan kami, bukan untuk menjatuhkan maruah dan menghina kami..
Semoga demikian kami menjadi hamba_Mu yang diredhai..
Amin..

Sunday, August 2, 2009

Gila Gadget..

Sedang aku memerhatikan rakan-rakan kelasku dengan kerenah masing-masing, lalu berbunyi telefon bimbitku dengan nada deringan yang agak lain dan janggal daripada biasa. Aku lihat di screen telefon bimbitku terpampar nama salah seorang rakanku. Sedang aku cuba membalas mesej rakanku tersebut, terkejut aku dengan sahutan dan terjahan salah seorang rakan kelasku sambil berkata "Fuiyo.. Muiz beli handphone baru.." Dengan tersipu-sipu aku menjawab "Ala handphone biasa saja. Mak aku belikan. Dier menyampah bila dier call aku tak jawab. Handphone lama aku ade problem skit." Lalu berkata rakanku tersebut "Oh.. Tengok jap." Aku pun menjawab "Kejap, nak reply mesej member jap." Setelah selesai membalas mesej tersebut, aku memberikan telefon bimbitku untuk dibelek oleh rakanku yang 'sibuk' tersebut.

Sambil aku melihat gelagat rakanku tersebut, aku terfikir.. Mengapakan mereka terlalu taksub dengan gadget?? Mereka mengetahui hampir kesemua gadget yang terbaru di pasaran. Jikalau kalian bertanya kepadaku, aku akan simpan soalan kalian dan 'googling' sebentar untuk mencari jawapan. Benar.. Aku kurang mengambil endah pasaran gadget. Kalian boleh bertanya kepadaku tetapi aku akan mengambil sedikit masa untuk menjawabnya..

Kembali kepada topik asal.. Adakan sebagai seorang remaja perlu memiliki gadget seiring dengan perkembangan industri tersebut atau mengetahuinya sudah memadai? Sebahagian berpendapat "Kalau ada handphone canggih @ IPod baru style.." Sebahagian lagi pula membuat penyataan "Ala ada handphone boleh call dan mesej cukup la.." Bagiku, aku tergolong dalam golongan ke-2 yang menyatakan cukup sekadar keperluan sahaja. Aku bukan jenis mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan ke arah ke'gadget'an. Aku lebih suka duitku dihabiskan untuk membeli makanan, pakaian (segala jenis), mengeratkan silaturahim (dengan kata lain keluar jalan-jalan dengan kenalanku) dan sebagainya.

Persoalan seterusnya adalah ke'competibility'an gadget tersebut. Ada dikalangam masyarakatku yang membeli gadget tetapi tidak tahu memanfaatkannya (senang cerita tidak tahu menggunakannya) Contohnya teknologi 3G dan ke atas. Mereka menggunakan telephone yang telah dilengkapi dengan teknologi tersebut tetapi tahap penggunaan mereka sama seperti had kebolehan telephoneku (sekadar menghantar mesej dan membuat panggilan sahaja) Sebahagian akan berkata "Ala..Duit aku.. Lantak la.." Sebahagian yang lain pula berkata "Ala I pakai handphone ni for attraction purpose je.." Hai.. Macam-macam manusia zaman sekarang. Gadget diperagakan untuk menarik pandangan orang lain. Jikalau begitu, bagaimana pula dengan industri pakaian dan tudung, barangan kemas, alatan solek, makanan samping dan lain-lain? Anda penentunya.

Disebelah pihak yang lain pula akan berkata pihak yang sebelumnya seperti "Ala handphone canggih-canggih credit takda gak.." Ada juga yang berkata "Ala baik pakai handphone cikai je kalau tak tau guna handphone canggih" Huhuhu.. Golongan ini juga bermasalah.. Adakan mereka jealous melihat kelebihan orang lain dikala mereka tidak memilikinya? Wallahualam..

Perasaan sebegini membuatkan bangsa Melayu tidak berkembang serta mewujudkan perasaan hasad dengki. Dan dari perasaan sebegini ramai bangsaku akan mengamalkan perkara syirik, tahyul, khurafat dan sebagainya. Mengapa jadi begini bangsaku?? Perlukah kalian bertindak demikian? Tidak malukah kalian terhadap bangsa lain pabila kalian bertindak demikian? Sedarlah.. Bangunlah.. Sudah lama kita dipijak.. Bukan aku mengajar kalian memijak bangsa lain.. Cukuplah sekadar mereka menghormati kalian sebagai bangsa 'tuan rumah' dan tidak merempat di negara sendiri..

Aku agak terbabas seketika di akhir-akhir penulisan kali ini. Tetapi ini untuk kebaikan kalian semua wahai bangsaku. Semoga kita sama-sama bangun dari lena dan menguatkan tali ukhwah kita serta hidup dengan aman dan damai..

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAULAH Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Aku berlindung kepada-Mu dari azab api neraka-Mu yang azab seksaan-NYA..
Aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur-Mu yang membinasakan..
Aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan yang menyesatkan..
Aku berlindung kepada-Mu dari segala hiburan melampau yang melalaikan..
Semoga demikian aku menjadi hamba-Mu yang diredhai..
Amin..

"Magical Template" designed by Blogger Buster