Wednesday, July 29, 2009

Perlukah Menipu??

Pernahkah kalian melalui saat sebegini:

  1. Kalian ingin memperlawa rakan-rakan kalian untuk mendengar taklimat MLM @ produk kalian tetapi kalian menipu mereka dengan pelbagai helah (biasanya makan free).
  2. Anda terkial-kial mencari jawapan yang tepat pabila kekasih hati atau isteri kalian bertanya "Cantik tak baju ni abang?"
  3. Anda tersedak-sedak pabila kekasih hati atau isteri kalian bertanya "Sedap tak ayang masak ni abang?"
  4. Kalian terlewat bangun kerana menonton perlawanan bola sepak semalam dan memberi alasan kepada bos anda (biasanya demam atau kereta rosak).

Biasanya perkataan yang terlintas di hati dan fikiran kalian adalah "Ah.. Sudah.." Itulah lumrah manusia. Lagi-lagi anak Melayu. Aku tidak mengerti adakah itu budaya yang disemat oleh nenek moyang kita? Jawapanku TIDAK. Ianya dari kalian sendiri. Jangan berani salahkan nenek moyang di atas kebiadapan dan ke'tidak pandai'an kalian. Kalian patut rasa bersyukur mempunyai nenek moyang yang telah meninggalkan warisan budaya yang boleh dibanggakan dan mendapat pujian dari bangsa asing.

Mengapa mesti menipu? Susahkan berterus terang. Ya.. Aku faham perasaan kalian.. Kadang-kadang kalian tertekan untuk memberikan penyataan yang sesuai tanpa menyakiti hati orang yang kalian sayangi dan kasihi. Ada pepatah Melayu mengatakan "Berani kerana benar". Anda dayuskah pabila anda menipu? Bak kata Nabil Raja Lawak Musim Ke-2 "Lu pikir la sendiri".

Ada juga yang mengatakan "Ala bohong sunat je". Siapa yang ajar? Sedangkan Nabi Ibrahim A.S pun tidak dapat memberi syafaat kepada kita disebabkan Baginda pernah diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berbohong untuk menyelamatkan isteri baginda daripada raja yang zalim pada ketika itu. Sedangkan nabi pun menanggung belenggu dosa menipu, apa lagi kita umat yang biasa? Jangan kita tunjuk pandai. Dosa tetap dosa. Jangan cari alasan.

Jadi, bagaimana kita ingin menghadapi masalah yang sebegini rupa? Jawapannya BERTERUS TERANG. Kadang-kadang kita segan, malu, tidak yakin dan apa sahaja perasaan yang sama waktu dengannya pabila berhadapan dengan situasi sebegini. Ada satu pepatah Melayu semi-moden "Bedal je la". Benar. Jika kita yakin kita benar, insyaAllah Allah s.w.t akan membantu kita menyelesaikan masalah kita. Selain itu kalian boleh menjawab dengan jawapan yang 'sederhana'. Seperti adegan 2. dan 3. di atas, kalian boleh menjawab "OK la.." ataupun "Sedap @ Cantik juga. Tapi kalau....." Dengan memberi jawapan sebegitu melihatkan kita lebih matang dan bernas.

Itu sedikit sebanyak petua untuk aku kongsi bersama kalian. Semogo dengan petua ini mampu membuat kita menjadi lebih yakin dan bertanggungjawab.

P/S: Kepada pengamal MLM, boleh saja ajakku ke program kalian asalkan tidak melampaui batas.


Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAULAH Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
ENGKAU jauhilah kami daripada amalan menipu..
Dan ENGKAU lindungilah kami daripada penipuan dan penganiayaan..
Semoga demikian kami menjadi hamba-MU yang bersyukur dan beramal soleh kepada-MU..
Amin..

0 comments:

"Magical Template" designed by Blogger Buster