Saturday, July 18, 2009

Pemandu Tidak Berhemah..

Pernahkan kalian mengalami keadaan seperti berikut:


  1. Sedang kalian beratur menunggu membayar tol, tiba-tiba ada sebuah kereta memotong barisan kalian dan perlahan-lahan memasuki barisan kalian
  2. Sedang kalian memandu, tiba-tiba ada sebuah kereta menukar lorong tanpa memberi 'signal'.
  3. Setelah lampu isyarat di lorong kalian bertukar hijau, masih ada lagi kenderaan dari lorong lain masih bergerak walaupun sudah sampai giliran kalian.
  4. Sedang kalian menunggu lampu isyarat bertukar warna hijau, tiba-tiba muncul dari sisi kenderaan kalian sebuah motosikal lalu melanggar cermin sisi kenderaan kalian dan kadang kala berlanggar dengan kenderaan kalian kerana 'mencelah' di celah-celah kenderaan yang sedang berhenti.
  5. Sedang kalian memandu, ada sebuah kenderaan datang dari dengan kelajuan yang tinggi 'mencucuh angin' kalian sambil membunyikan hon dan menyalakan lampu 'high beam'.

ITU BERMAKNA KALIAN ADALAH MANGSA PEMANDU YANG TIDAK BERHEMAH

Situasi sebegini adalah lumrah bagi setiap pemandu lebih-lebih lagi bagi pengguna di kawasan bandar. Pemandu kini mula lupa hormat pemandu lain lebih-lebih lagi pemandu yang lebih kecil daripadanya (saiz, harga, berat, panjang, and others does matter).

Siapakah yang kita perlu salahkan?

  1. Ibubapa yang tidak menegur cara pemanduan anak-anak mereka.
  2. Jurulatih / cikgu yang mengajar mereka memandu.
  3. Penilai JPJ yang meluluskan mereka supaya dapat memandu.
  4. Polis yang tidak mengambil peduli tentang cara pemanduan semua pemandu.

Jawapannya BUKAN SEMUA DI ATAS. Bagi pendapat aku, ianya disebabkan oleh 'budaya' masyarakat itu sendiri. Kerana budaya yang membentuk sesebuah masyarakat itu. Jikalau baik sesebuah budaya, maka baiklah masyarakat tersebut dan sebaliknya. Setiap budaya ada perwatakan, kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Itu adalah kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. DIA yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Dijadikan setiap masyarakat berbeza antara satu sama lain. Jikalau tidak, tidaklah kita dapat menikmati roti canai, roti Arab, roti Perancis (French Loaf) dan roti yang sama waktu dengannya.

Berbalik kepada topik asal.. Bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Pendapatku, ianya perlu bermula dengan diri kita sendiri. Kita perlu menunjukkan teladan yang baik supaya dapat diteladani oleh orang lain dan generasi akan datang. Seterusnya masyarakat tersebut perlu menunjukkan teladan baik mereka terhadap masyarakatnya sendiri. Jangan mengharapkan masyarakat lain untuk menolong masyarakat kalian jika kalian sendiri tidak menolong masyarakat kalian sendiri. Kemudian pastikan agama dijadikan pegangan sesebuah masyarakat tersebut. Tiada agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya melakukan perkara yang bertentangan dengan moral manusia. Jika ada, itulah yang digelar 'ajaran sesat'. Hindarinya. Terakhir pihak berwajib perlu membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pemandu yang tidak berhemah tersebut. Jangan biarkan mereka 'naik lemak'. Susah kalau hendak membakar 'lemak' yang sudah tepu. Sebaiknya membakar 'lemak' yang masih baru dan tidak tepu.

Aku berharap dengan penulisanku ini sedikit sebanyak dapat membuka minda dan menyedarkan permandu yang tidak berhemah di luar sana supaya kembali ke pangkal jalan.

Ya Allah Ya Tuhanku..
ENGKAU ampunkanlah hamba-hamba-Mu yang telah melakukan kesalahan dan kerosakkan di mukabumi ini..
ENGKAU sinarilah hati kami dengan Nur Hidayah semoga kami menjadi hamba-Mu yang taat kepadamu dan bertimbangrasa terhadap masyarakat di sekitar kami..
Amin..

0 comments:

"Magical Template" designed by Blogger Buster